Pasukan Mana Lagi Yang ‘Yakinnya Kamu’ Tak Bawa 30 Pemain Selain Malaysia?

Malaysia Piala AFF 2020 covid 30 pemain

Selain Malaysia, pasukan manakah yang terlalu yakin dengan tidak membawa 30 pemain seperti yang telah disarankan Konfederasi Bolasepak Asean (AFF)? Berdasarkan rekod, hanya Malaysia membawa 24 pemain.

Sebentar tadi disahkan Malaysia kehilangan pula dua pemain, Akhyar Rashid dan Quentin Cheng akibat positif COVID-19 menjadikan empat pemain daripada kem skuad kebangsaan yang sedang menjalani kuarantin.

Sebelum ini, Malaysia kehilangan khidmat dua pemain iaitu Faisal Halim dan Khairulazhan Khalid yang masih menjalani tempoh kuarantin 10 hari. Dengan hanya membawa 24 pemain, adakah Malaysia terlalu yakin?

Malah, wartawan The Star, T. Avineshwaran turut mempersoalkan kewajaran hanya membawa 24 pemain. Ciapnya di Twitternya, “Kini, soal akauntabiliti mula timbul. Siapa yang buat keputusan untuk hanya membawa 24 pemain ke Piala AFF Suzuki? Ya, dua kemenangan adalah bagus, tapi kita kini hanya tinggal 20 pemain.”

COVID-19 ini tidak mengenal mangsa dan masa. Bila-bila sahaja kita boleh dijangkiti tanpa sebarang simptom. Jadi, atas dasar itu dan dengan prosedur ketat kesihatan di Singapura, mengapa Malaysia tidak mendaftarkan 30 pemain sebagaimana yang disarankan? Betapa yakinnya Malaysia dengan hanya membawa 24 pemain.

Malaysia adalah rombongan terakhir tiba di Seberang Tambak, namun segalanya tampak serba tempang.

Sudahlah persediaan yang tidak rapi, pemilihan pemain yang meragukan, kini timbul pula isu mengapa hanya bawa 24 pemain sahaja? Adakah Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kekurangan bajet untuk uruskannya?

Akhyar Rashid Dan Quentin Cheng Jadi Dua Lagi Pemain Positif Covid-19

Malaysia kini tinggal 19 pemain untuk berdepan Vietnam dalam masa dua hari. Kita tidak pasti lagi, dalam masa dua hari ini, siapa pula yang bakal ‘terkena’. Selain empat pemain yang perlu dikuarantin, Malaysia juga masih menanti ketibaan Dion Cools yang belum tiba dari Belgium – akan tiba sebelum aksi berdepan Indonesia.

Harimau Malaya jelas kian tempang walaupun sudah merekodkan dua kemenangan di bumi Singapura.

Malaysia menang 1-3 ke atas Kemboja dan kemudian 4-0 ke atas Laos. Malaysia nampaknya berada dalam prestasi dan ‘mood’ terbaik di saingan Piala AFF Suzuki kali ini. Namun, situasi di luar padang tidak membantu.

Malaysia tidak boleh lagi kehilangan pemain. Diharapkan ada di kalangan empat pemain itu yang akan disahkan negatif COVID-19 dalam masa dua hari ini. Jika tidak, masalah besar akan melanda kem skuad kebangsaan.

Mengikut kenyataan daripada Konfederasi Bolasepak Asean (AFF), setiap pasukan dibenarkan untuk membawa 30 pemain dengan hanya 23 pemain boleh didaftar untuk satu-satu perlawanan. Jelas, ini adalah kemudahan yang telah diberikan kepada semua pasukan. Malah, juara bertahan, Vietnam turut membawa 30 pemain.

Jagoan Asean, Thailand turut membawa 30 pemain ke Singapura. Jadi, Malaysia yang dilihat terlalu yakin.

Selain Malaysia, Filipina juga membawa 27 pemain dan Singapura (28 pemain). Ini adalah tiga pasukan yang tidak lengkap. Selain Vietnam dan Thailand, baki lima pasukan yang membawa 30 pemain ialah Timor Leste, Indonesia, Myanmar, Kemboja dan Laos. Dikhabarkan, Malaysia sedang merayu untuk tambah pemain.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN