Park Hang-seo Beri Indikasi Vietnam & Korea Selatan Bukan Destinasinya

Park Hang-seo beri indikasi destinasinya 2023

Saya boleh melatih pasukan lain tetapi bukan lagi di Vietnam atau Korea Selatan,” ungkap Park Hang-seo dalam satu temurah tentang destinasinya.

Masa depan pengendali Vietnam, Park Hang-seo sentiasa menjadi bualan selepas jodohnya dengan skuad kebangsaan mereka akan berakhir.

Disember depan, pengendali tersebut akan mengendalikan Vietnam buat kali terakhir di kejohanan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 sebelum secara rasmi mengucapkan selamat tinggal kepada mereka pada Januari 2023.

Dalam satu temu ramah bersama Kim Hyun-jung’s News Show terbitan CBS, Park mengesahkan yang beliau belum membuat keputusan akhir lagi mengenai masa depannya, tetapi apa yang dipastikannya adalah beliau tidak lagi akan menjadi jurulatih di Vietnam mahupun di Korea Selatan.

Beliau dikaitkan akan kembali ke Korea Selatan untuk membimbing kelab di sana dan ada juga portal yang mengaitkannya dengan beberapa kelab lain termasuklah dari Malaysia. Namun, indikasi yang diberikannya, beliau boleh melatih pasukan lain tetapi bukan lagi Vietnam atau pun Korea Selatan.

Adakah benar hala tujunya adalah ke Liga Malaysia seperti yang digembar-gemburkan? Melihat kepada isi temu ramahnya, mungkin sama sekali tidak.

Apa yang dikatakan dalam sesi temu ramah itu adalah, beliau tidak akan kembali selamanya ke Korea Selatan. Beliau hanya kembali untuk berehat seketika sebelum melangkah keluar semula apabila kembali bersedia.

Melihat Daripada Perspektif Kitaran Kerjaya, Kenapa Park Hang-seo Tak Bimbing Vietnam Di Piala Asia?

Untuk kekal di Korea Selatan, itu bukanlah idea terbaik buatnya kerana beliau merasakan itu bukan lagi gelanggang buatnya untuk kembali.

“Saya rasa tidak banyak yang mampu saya lakukan di kampung halaman [Korea Selatan]. Di sana, ramai jurulatih-jurulatih muda yang bekerja keras dan terbaik. Memang ada tawaran untuk mengendali pasukan di sana, tetapi saya tiada perancangan untuk bekerja di sana.”

“Sejak saya tinggalkan Korea, banyak perkara telah berubah. Saya nampak banyak jurulatih muda dan junior saya yang lebih bagus daripada saya di sana. Apabila saya kembali ke sana, ia bukanlah untuk kembali menjadi jurulatih.”

Dan adakah beliau akan kembali ke Vietnam? Itu merupakan idea yang menarik menurutnya tetapi mungkin bukan lagi sebagai jurulatih.

“Di Vietnam, setiap kali saya bercakap dengan pemimpin mereka, mereka sentiasa meminta saya membantu pemain-pemain muda di sana. Jika ada sebarang tawaran dalam skop tersebut, saya boleh membantu pemain-pemain muda Vietnam lebih lagi.”

Sebelum ini, sebuah media di Vietnam, Zing News mendedahkan Park dikesan sedang mencari rumah di sekitar Hanoi. Di Hanoi juga Park dapat melakukan aktiviti sukan yang digemarinya selain daripada bola sepak.

Selain bola sepak, minat kedua Park adalah golf dan sudah banyak kali beliau dikesan bermain golf sekiranya tiada tugasan bersama skuad kebangsaan. Dan Hanoi juga memiliki beberapa pusat dan resort golf.

“Park dikatakan sedang mencari beberapa lokasi yang sesuai untuk membina pusat sukan dengan empat padang bola sepak dan bersebelahan dengan padang golf. Menurut beberapa rakan jurulatih itu, tapak latihan golf berasaskan bayaran akan membantunya membiayai kem latihan bola sepak remajanya.”

“Park telah menghubungi beberapa kawasan berhampiran Hanoi untuk melaksanakan projeknya – bola sepak komuniti, dengan hasrat untuk mencari dan melatih pemain muda yang akan menyumbang kepada masa depan bola sepak Vietnam.”

“Pekerjaan ini tidak terlalu menekan, sesuai dengan umur dan keadaan kesihatan jurulatih tersebut.”

Zing News

Adakah bola sepak komuniti Vietnam adalah masa depan dan destinasinya selepas Park Hang-seo selesai tugasannya bersama Vietnam nanti? Bak katanya, Korea Selatan adalah rumah pertamanya, Vietnam adalah rumah keduanya. Jadi, ada sebarang kemungkinan untuk rumah ketiga atau tidak?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN