“Biar Dia Tenang Di PSG”- Xavi Enggan Ulas Isu ‘Kepulangan’ Messi

Pengurus Barcelona, Xavi Hernandez dikatakan sedikit risau mengenai potensi pemain serangan Paris Saint-Germain iaitu Lionel Messi mungkin akan kembali pulang kerana Robert Lewandowski.

Sebelum itu, Messi terpaksa keluar daripada Barcelona kerana kelab tersebut tidak mampu menanggung perbelanjaan semasa disebabkan krisis kewangan yang agak teruk.

Ketika ini Messi masih lagi konsisten beraksi bersama kelab terbaharunya dan beberapa khabar angin menyatakan pemain tersebut mungkin akan kembali memperkuatkan Barcelona.

Pemenang tujuh kali Ballon d’Or itu masih lagi mempunyai baki kontrak bersama Paris Saint-Germain sehingga musim panas hadapan dan dijangka Messi bakal menentukan sendiri masa hadapannya selepas itu.

Menerusi laporan dikeluarkan oleh Sport Bible, Xavi kini mungkin sedikit skeptikal akan berita perpindahan Messi disebabkan Lewandowski.

Ini kerana pengurus berusia 42 tahun itu dikhabarkan tidak begitu pasti bagaimana untuk menyesuaikan kedua pemain tersebut dalam skuad kendaliannya.

Barisan serangan Barcelona tidak perlu diperkatakan lagi musim ini apabila mereka memiliki rangkaian pemain yang bagus serta berkualiti.

Ferran Torres, Ansu Fati, Ousmane Dembele, Raphinha, dan Memphis Depay menjadi tunjang kekuatan serangan Barcelona ketika ini dan dikendalikan dengan baik oleh Xavi.

Pengendali kelahiran Terassa, Sepanyol itu juga bertindak dengan cara selamat untuk tidak terlalu menjawab secara terang-terangan ketika ditanya mengenai Messi.

“Mengenai Leo, pada pendapat saya ini bukan masa yang tepat untuk bercakap tentang diri beliau kini.

“Anda sendiri tahu saya sangat menyayangi Messi. Dia merupakan rakan terbaik dan saya sentiasa berharap dia dalam keadaan baik.

“Barca adalah rumahnya, tapi kami tak mahu menjadi wakil Messi untuk bercakap soal masa depan beliau pada masa akan datang.

“Biarkan Messi dalam keadaan tenang dan bergembira bersama masanya di Paris kini, selain berharap dirinya dalam keadan baik-baik sahaja,” ulas Xavi menerusi Sport Bible.

Pemain yang menggantikan Messi kini iaitu Lewandowski menyertai Barca dengan rekod selaku salah seorang penyerang terbaik dalam dunia bola sepak.

Menerusi aksi positifnya sebelum itu bersama Bayern Munich, Lewandowski terus konsisten bersama Barca di Nou Camp pada musim ini untuk terus membuktikan kehebatan beliau sebagai penyerang.

Beliau berjaya mengekalkan prestasi hebatnya apabila Lewandowski sudah pun meledak 17 gol keseluruhan daripada 16 penampilan bersama pasukan tersebut.

Walaupun begitu, Lewandowski gagal untuk membantu Barca mara lebih jauh dalam saingan Champions League apabila mereka sah tersingkir lebih awal selepas tewas di tangan bekas pasukan lamanya, Bayern Munich.

Sumber:
Sports Bible

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN