Park Hang-seo Bawa Bui Tan Truong, ‘Keeper’ Yang ‘Dicekik’ Kerana Tewas Kepada Malaysia

Bui Tan Truong Vietnam Malaysia Park Hang-seo 2021

Pengendali Vietnam, Park Hang-seo telah mengundang misteri apabila menyenaraikan penjaga gol yang kembali daripada persaraan, Bui Tan Truong untuk tiga aksi terakhir.

Vietnam dijadualkan bertemu Indonesia, Malaysia dan UAE dalam aksi Kumpulan G, kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 dalam baki tiga perlawanan dan sedang berada di puncak kumpulan dengan 11 mata, hanya dua mata di depan UAE.

Belum tentu layak ke Piala Asia 2023, Vietnam seharusnya bersedia dengan lebih baik, namun ketiadaan penjaga gol utama, Dang Van Lam telah memaksa Park Hang-seo memerah otaknya untuk memilih penjaga gol utama pasukan untuk dibawa.

Selain Bui Tan Truong, Park Hang-seo turut membawa bersama dua penjaga gol tidak berpengalaman di peringkat senior iaitu Nguyen Van Toan dan Nguyen Van Hoang. Kedua-duanya bukanlah penjaga gol yang memiliki nama besar dalam skuad Vietnam.

Ini bakal menjadikan Bui Tan Truong sebagai calon utama mereka untuk berada di gawang skuad Naga Emas dan adakah anda masih ingat insiden pada final Sukan SEA 2009 yang menyaksikan Malaysia menewaskan Vietnam 1-0 di pentas final?

Bukanlah tentang keputusan perlawanan yang menjadi tajuk utama, tetapi insiden yang menyaksikan pengendali skuad B-23 Vietnam, Henrique Calisto yang tampak mencekik Bui Tan Truong di bangku simpanan Vietnam ketika perlawanan.

Gambar tersebut menjadi tular dan ramai yang menyatakan punca Henrique Calisto mencekik penjaga gol utamanya itu adalah disebabkan melepaskan gol mudah buat Malaysia seterusnya membantu Malaysia menjulang kejuaraan Sukan SEA.

Ia merupakan kejuaraan pertama skuad negara dalam Sukan SEA dan skuad kendalian Datuk K. Rajagobal itu mungkin bertuah selepas rembatan deras Safiq Rahim gagal ditangkap Bui Tan Truong yang hanya mampu melihat gawangnya dibolosi.

Tindakan pertahanan, Mai Xuan Hop untuk berada di depan Bui Tan Truong seterusnya tertampan masuk bola masuk ke gol menyaksikan kecemerlangannya sepanjang Sukan SEA segera dilupakan oleh penyokong apabila ramai telah mengkritiknya.

Begitupun, tahun lalu, penjaga gol yang kembali daripada persaraan untuk menyertai Hanoi FC dan membantu mereka untuk tidak tewas dalam 14 perlawanan serta layak ke Piala AFC 2021 itu mendedahkan yang Henrique Calisto tidak mencekiknya.

Menurutnya, Henrique Calisto telah cuba menahannya bangkit meninggalkan bangku simpanan untuk kembali ke bilik persalinan. Pengendali itu berkata kepadanya, “Anda perlu berada di sini [bangku simpanan] dan melihat kekalahan ini. Anda seorang lelaki!”

Pada saingan Piala AFF 2010, sekali lagi Bui Tan Truong menerima kecaman. Vietnam tewas kepada Malaysia di peringkat separuh akhir menerusi dua jaringan Safee Sali.

Bui Tan Truong terlepas tangkapannya dan tandukkan Safee Sali itu menerjah jaring gol untuk gol pembukaan perlawanan, seterusnya tampanan kurang kemasnya menyebabkan Safee Sali telah berjaya menyambar untuk meledak gol kedua.

Para penyokong mengatakan beliau telah ‘dirasuah’ dan itu yang menyebabkan beliau sudah jauh hati untuk beraksi bersama skuad kebangsaan. Kini beliau kembali selepas cemerlang bersama Hanoi FC dan mohonnya kepada penyokong, “Percayakan saya!”

Baca lagi artikel lain mengenai skuad kebangsaan:

TMJ Tak Tahu Mengapa Tan Cheng Hoe Pilih Ramai Pemain JDT

Safee Sali: Kita Terpedaya Dengan Projek Naturalisasi

Perlu Bagi Lebih Ruang Buat Liridon Krasniqi Dan De Paula?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN