Safee Sali: Kita Terpedaya Dengan Projek Naturalisasi

Malaysia Naturalisasi Safee Sali 2

Bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali berpandangan pasukan Harimau Malaya tidak seharusnya meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada projek naturalisasi yang sedang giat dijalankan ketika ini.

Dalam aksi menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Dubai yang menyaksikan skuad negara tewas 4-0, boleh dikatakan kesemua tiga pemain naturalisasi negara Mohamadou Sumareh, Liridon Krasniqi dan Guilherme de Paula yang diturunkan sebagai kesebelasan utama bermain di bawah tahap yang diharapkan.

“Boleh saya katakan, kita semua hanya terpedaya dgn skuad dan projek ‘naturalisasi’ yang di buat, membuatkan kita semua percaya dan meletakkan harapan yg terlalu tinggi,” ujar penyerang Kuala Lumpur City itu dalam hantarannya di Facebook.

“Saya tetap yakin, para pemain tempatan kita jika diberi peluang dan kepercayaan, pasukan kita pasukan kita boleh menang dan bermain mati-matian untuk nama negara.”

Menyingkap semula pengalamannya beraksi berdepan dengan pasukan negara dari Timur Tengah, Safee mengatakan keputusan perlawanan seperti ini sudah dijangka.

“Memang bukan mudah untuk bermain dgn ‘Pak Arab’, sedikit kealpaan akan dihukum. Main pula di tempat dan padang mereka.”

Bagaimanapun Safee menegaskan skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu harus melupakan perlawanan yang sudah berlalu dan bangkit mencatat keputusan positif dalam baki dua perlawanan yang akan berlangsung tidak lama lagi.

“Bukan masa untuk angkat bendera putih, masih ada peluang. Kita, Vietnam dan Thailand tidak jauh berbeza. Insyaallah kita boleh menang.”

Adakah Cheng Hoe akan memberikan peluang kepada semiua pemain naturalisasi ini apabila berdepan Vietnam dan Thailand selepas ini?

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan skuad kebangsaan:

Perlu Bagi Lebih Ruang Buat Liridon Krasniqi Dan De Paula?

3 Kesalahan Fatal Yang Dilakukan Harimau Malaya Menentang UAE

Berapa Minit Permainan XI Harimau Malaya Menentang UAE Bersama Kelab?

 

Leave a Reply