Pandang Kehadiran 5 Pemain Import Dari Sudut Positif

Musim depan, 5 pemain import bakal mewarnai saingan Liga Super yang akan dibuka tirainya pada bulan Februari 2018.

Menurut bekas ketua jurulatih Kedah, Mohd Azraai Khor Abdullah, kehadiran lima pemain import itu perlu dilihat dari sudut positif kerana mampu membangkitkan motivasi pemain tempatan untuk bersaing merebut tempat dalam kesebelasan utama.

Azraai berkata kepada Sinar Harian, sepatutnya usaha itu telah lama digerakkan kerana ia turut dilakukan di beberapa negara jiran.

Menurutnya, pemain tempatan tidak boleh terlalu selesa sebaliknya perlu bersaing bersama pemain import jika mahu dapat tempat di dalam pasukan.

“Kini segalanya bergantung kepada pemain tempatan sendiri. Jika mereka masih belum mahu lagi sedar, kita boleh agak di mana kedudukan mereka pada musim akan datang. Sampai bila pemain kita mahu selesa?

“Keputusan benarkan lima pemain import ini sepatutnya sudah lama diwujudkan kerana liga luar pun sudah amalkan, malah ada yang langsung tidak mempunyai kuota tempatan.

“Persaingan sihat antara pemain tempatan dan import akan menyaksikan Liga Malaysia lebih kompetitif. Malah penaja-penaja di negara ini semakin meningkat termasuk dari luar juga berminat untuk datang melabur di sini,” katanya kepada Sinar Harian.

Sumber: Football Malaysia LLP, Facebook.

Bulan lepas, badan pengendali liga, Football Malaysia Limited Liabity Partnership (FMLLP) telah memperkenalkan kuota pemain import kelima dari Asia Tenggara.

Syarat-syarat yang ditetapkan untuk pemain import dari negara Asean mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 30 caps bersama skuad kebangsaan.

Bekas Penolong Jurulatih Kedah, Radhi Mat Din bersetuju dengan usaha digerakkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan FMLLP.

Beliau juga tidak menafikan kemampuan dan kebolehan anak tempatan, namun bagi pasukan yang menyahut seruan itu secara dasarnya mampu menguasai setiap perlawanan.

“Bergantung kepada keadaan. Kebiasaannya, apabila FAM benarkan pasukan yang menyahut seruan itu diperkuatkan dengan lima import berkualiti, ia akan berada di kelompok atasan liga.

“Ini bukan benda yang tidak boleh dinafikan dan ia saingan sihat kepada pemain tempatan dan perlu dimanfaatkan oleh pemain muda.

“Keputusan KFA mendapatkan lima pemain import adalah keputusan positif dan saya cabar pemain Kedah untuk bangkit dan memberi saingan,” katanya.

Antara bintang dari Asia Tenggara yang bakal memeriahkan Liga Super musim depan ialah Chan Vathanaka (Kemboja), Evan Dimas dan Ilham Udin (Indonesia), Madhu Mohana (Singapore) dan Junior Apprecido (Timor Leste).

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN