Hafiz Sujad Dan Shafiq Ghani Intai Peluang Beraksi Dalam Liga Malaysia

Media dari negara seberang tambak melaporkan semakin ramai pemain dari Singapore berhjirah ke luar negara untuk mencari rezeki dengan 4 pemain skuad kebangsaan Singapore kini sedang mencuba nasib dengan kelab Thailand dan Malaysia.

Antaranya ialah bekas pemain pertahanan Tampines Rovers, Hafiz Sujad yang kini menjalani ujian pemilihan dengan pasukan Melaka United dan sempat beraksi ketika perlawanan persahabatan menentang skuad Malaysia B23 di Stadium Shah Alam.

Hafiz yang pernah beraksi dalam saingan Liga Thailand divisyen kedua kembali semula ke Singapore selepas kelabnya, Big Bang Chula United (BBCU) telah menarik diri ketika pertengahan musim.

Sementara itu, 2 lagi pemain dari Singapore, Shafiq Ghani dan Sahil Suhaimi juga sempat mencuba nasib dengan pendatang baru liga premier, UKM FC.

Kedua-dua pemain terbabit merupakan bekas tonggak LionsXII yang beraksi di posisi serangan.

Sahil sebelum ini pernah beraksi di Sarawak pada pertengahan musim ini dan menjaringkan 1 gol dalam 1o penampilan manakala Shafiq antara watak utama bersama kelab Singapura, Geylang International.

Sahil Suhaimi dan Shafiq Ghani ketika bersama pasukan UKM FC. FOTO: Stadium Astro

Walaupun sedar UKM FC bukan nama besar dalam Liga Malaysia, itu bukan masalah buat Shafiq yang jujur meluahkan masih merindui suasana bola sepak negara.

“Mereka baru dinaikkan ke Liga Perdana daripada Piala FAM. Sudah tentu apabila naik ke liga yang lebih bagus, intensitinya lain dan tahap bola sepaknnya berbeza. Kenapa tidak saya membantu mereka,” katanya kepada stadium astro.

Pemain tengah Hougang United, Zulfahmi Ariffin turut ke Thailand untuk menjalani ujian pemilihan dengan kelab liga utama Thailand, Chonburi FC.

Kelab itu difahamkan berminat untuk mendapatkan khidmat Zulfahmi tetapi mereka perlu menunggu ketibaan jurulatih baharu dari Jepun iaitu Takashi Sekizuka.

Jumlah pemain dari Singapore yang beraksi di luar negara kini meningkat kepada 5 orang dengan bekas penjaga gol Lions XII, Izwan Mahbud bakal berhijrah ke Thailand.

Izwan Mahbud bersetuju untuk menerima pengurangan 25 peratus gajinya untuk melengkapkan perpindahan ke kelab Thailand League 2 (TL 2), Nongbua Pitchaya FC.

Izwan menjadi pemain Singapura kedua selepas Hassan Sunny untuk beraksi di Thailand.

“Perpindahan saya ke Thailand tidaklah bermotivasikan wang. Saya bertekad untuk meningkatkan prestasi saya.”

“Saya perlu korbankan beberapa perkara tetapi berharap cabaran baharu ini membuahkan hasil di masa depan,” ujar pemain berusia 27 tahun itu kepada media Singapore.

Izwan menjadi pemain Singapura kedua selepas Hassan Sunny untuk beraksi di Thailand. Hassan Sunny kini merupakan penjaga gawang Army United, juga beraksi di TL 2.

Setakat ini, hanya 3 pemain dari Singapore sudah sah beraksi dalam saingan Liga Super musim depan.

Mereka ialah Hariss Harun yang kembali menyertai juara liga super musim ini, JDT, bekas pemain PDRM iaitu Safuwan Baharudin yang mengambil keputusan untuk menyertai Pahang dan Madhu Mohana telah pun menandatangani kontrak untuk menyertai pendatang baharu Liga Super, Negeri Sembilan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN