Zidane Berminat Nak Bawa Mohamed Salah Ke Real Madrid

Pengendali kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid, Zinedine Zidane telah menyatakan minat untuk memancing bintang Liverpool, Mohamed Salah dalam jendela perpindahan pemain.

Menurut laporan akhbar dari UK, The Sun, Real Madrid sedang menunggu masa untuk menandatangani pemain itu.

Salah kini merupakan penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris musim ini dengan 13 gol, menyertai Liverpool dari As Roma pada 6 bulan yang lalu.

(Photo by David Blunsden/Action Plus via Getty Images)

Beliau juga sebelum ini pernah beraksi untuk pasukan Chelsea dan penyokong The Reds melahirkan kebimbangan akan kehilangan bintang Mesir itu ke kelab lain.

Real Madrid dipercayai sedang mencari seorang penyerang baru dan Salah merupakan antara calon yang mahu dipancing oleh skuad Los Blancos itu.

Pengurus skuad kebangsaan Mesir turut mengakui Real Madrid memang mengintai peluang untuk membawa pemain itu dalam masa terdekat.

Sementara itu, legenda Mesir, Mido percaya Salah akan berhijrah ke Santiago Bernabeu dan Zidane sendiri memuji prestasi mantap yang dipamerkan oleh Salah dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

“Salah merupakan pemain yang hebat. Dia telah tunjukkan ketika di Roma dan sekarang di Liverpool.

“Dia masih muda dan sentiasa meningkat setiap masa. Saya tak mahu cakap banyak tentang pemain lain tetapi Salah antara pemain yang saya anggap sebagai terhebat,” katanya.

Bintang Chelsea, Eden Hazard juga berpotensi menyertai Real Madrid tetapi memilih untuk kekal di Chelsea dan Zidane mungkin akan beralih arah kepada Salah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN