Derita Pulau Pinang Berterusan, Diratah Teruk Pahang Di Darul Makmur

Pahang VS Pulau Pinang menyaksikan perlawanan kedua-dua pasukan ini dilangsungkan dalam keadaan yang licin akibat cuaca hujan sebelum perlawanan.

Seimbang diantara kedua-dua pasukan

Namun begitu kedua-dua pasukan tetap cuba untuk bermain dengan cara permainan hantaran pendek melainkan pasukan Pulau Pinang yang lebih gemar menggunakan hantaran jauh.

Sehingga minit ke-10, masih belum ada peluang yang betul-betul dicipta oleh kedua-dua pasukan. Jadi boleh dikatakan perlawanan yang seimbang untuk kedua-dua pasukan setakat ini.

Gambar: Pahang FA

Matheus Alves berjaya melakukan percubaan pada minit ke-12 namun rembatannya sedikit tersasar dari gol yang dikawal oleh Sani Anuar Kamsani.

GOL! Pahang berjaya menjaringkan gol apabila Mahmadou Sumareh menjaringkan gol selepas menerima hantaran dari Matheus Alves untuk meletakkan Pahang di depan 1-0 pada minit ke-16.

4 minit kemudian Syukur Saidin menjaringkan gol selepas berjaya menjaringkan gol untuk Pulau Pinang selepas melakukan hantaran 1-2 dengan Faizat Ghazli, namun gol itu dibatalkan kerana Faizat berada dalam kedudukan ofsaid.

GOL! Pahang berjaya menjaringkan gol selepas Wan Zaharulnizam merembat kencang bola ke gawang Pulau Pinang menerusi kaki kiri beliau pada minit ke-25.

Nor Azam Azih tidak lama mahu menjaringkan gol selepas rembatan beliau dari jarak jauh hampir memberikan gol ke-3 pada minit ke-27.

GOL! Pulau Pinang akhirnya menjaringkan gol dalam aksi Liga Super selepas Nigel Dabinyaba menjaringkan gol menerusi tandukan dari jarak dekat pada minit ke-31.

Matheus Alves hampir untuk menjaringkan gol ketiga Pahang selepas mereka berjaya menyerang balas secara pantas selepas kesilapan pertahanan Pulau Pinang, namun keputusan Alves untuk menyungkit bola itu untuk menewaskan Sani Anuar hanyalah sia-sia pada minit ke-37.

Kaki kiri Zaharulnizam cukup tajam malam ini, hal ini kerana rembatan beliau hampir sekali menjaringkan gol untuk Pahang namun rembatannya terus ke dakapan Sani Anuar pada minit ke-40.

Suasana sedikit tegang selepas Zaharulnizam dilayangkan kad kuning kerana bertindak kasar selepas Faizat Ghazli terlanggar beliau.

Pahang cukup berbahaya pada ketika ini, Ashari Shamsudin juga tidak ketinggalan untuk mencuba menerusi rembatan namun ia tersasar pada minit ke-43.

Suasana sedikit tegang selepas separuh masa pertama tamat apabila Faizat dan Zaharulnizam bertengkar sesama sendiri namun ia berjaya dileraikan oleh rakan-rakan sepasukan.

Ashari tunjuk taring!

Aksi awal separuh masa kedua menyaksikan beberapa siri kekasaran berlaku dan tiada sebarang percubaan bahaya dilakukan oleh kedua-dua pasukan.

Ashari hampir menjaringkan gol ketiga Pahang pada minit ke-57 namun percubaan lemah beliau mudah ditangkap oleh Sani Anuar.

Seminit kemudian, Pulau Pinang hampir menjaringkan gol kedua apabila Wan Azraie yang meninggalkan zon beliau hampir dibolosi namun mujur Afif Amiruddin berada di depan gol untuk menolak bola keluar.

Ashari sekali lagi mencuba dengan rembatan yang lebih baik namun rembatan beliau terus ke dakapan Sani Anuar pada minit ke-62.

Syamim Yahya juga mendapat peluang untuk merembat, namun rembatan beliau melambung tinggi melewati palang gol pada minit ke-64.

GOL! Sentuhan kali pertama Joseph Kalang Tie yang menggantikan Syamim Yahya menjaringkan gol selepas rembatan kaki kanan beliau menjaringkan gol dari luar kotak penalti pada minit ke-65.

Gambar: Pahang FA

GOL! Matheus Alves menanduk masuk gol ke-4 Pahang selepas menerima hantaran dari rakan sepasukan pada minit ke-72.

Solamon Raj hampir menjaringkan gol menjaringkan gol pada minit ke-80 namun rembatan padunya sampai terus ke Sani Anuar.

GOL! Ashari akhirnya menjaringkan gol selepas beliau menewaskan Sani Anuar dalam minit ke-85.

GOL LAGI! Ashari menjaringkan gol kedua beliau selepas seminit menjaringkan gol pertama apabila menggunakan kesilapan yang dilakukan oleh pertahanan Pulau Pinang.

Tamat perlawanan, Pahang 6-1 Pulau Pinang.

Kesebelasan utama

Pahang: Wan Azraie (penjaga gol), Matthew Davies (kapten), Jae Won Heo, Afif Amirudin, Faisal Rosli, Wan Zaharulnizam, Syamim Yahya, Nor Azam Azih, Mahmadou Sumareh, Ashari Shamsudin, Matheaus Alves

Pulau Pinang: Sani Anuar Kamsani (penjaga gol), Andrew Russell, Reinaldo Lobo (kapten), Mafry Balang, Diogo Ferreira, Syukur Saidin, S. Kumaarhan, Zulkhairi Zulkeply, G. Mahathevan, Faizat Ghazli, Nigel Dabinyaba

Baca juga: Apa Akan Jadi Kalau Diego Simeone Jadi Pengurus Arsenal?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN