Pahang Mara Ke Final, Singkirkan Negeri Sembilan Di Paroi

Perlawanan separuh akhir ke-2 Piala FA 2017 melibatkan Negeri Sembilan dan Pahang disaksikan full house di Paroi.

Separuh masa pertama

Pahang mendahului perlawanan seawal minit ke-6 menerusi Jae Won selepas pertahanan Negeri Sembilan sangat longgar berkawal dalam situasi bola mati.

Pahang meneruskan asakan namun mereka gagal menambah gol. Pada minit ke-12, pemain Negeri Sembilan, Shazlan Alias dilayangkan kad kuning kerana menerjah Syamim Yahya.

Pada minit ke-28, satu sepakan percuma dari Lee Tuck hampir memberikan gol penyamaan kepada Negeri Sembilan namun reaksi Wan Azraei luar biasa.

Seminit kemudian, Izuan Salahuddin berpeluang untuk menjaringkan gol dalam keadaan terbuka namun tindakan dari Alves berjaya menidakkan connection di antara hantaran dan pemain serangan.

Minit ke-39, sepakan percuma Lee Tuck menjadi ancaman sekali lagi. Tetapi tandukan Anas lemah dan diselamatkan Wan Azraei.

Separuh masa kedua

Bersambung babak kedua, Negeri Sembilan memiliki peluang keemasan. Namun entah macamana mereka tetap gagal menyudahkan percubaan terbuka.

Minit ke-48 Bruno Suzuki dalam situasi 1 lawan 1 dengan Wan Azraei namun gagal melakukan cubaan.

Minit ke-60, Negeri Sembilan sekali lagi melakukan cubaan liar dari Arman Fareez di hadapan gol hasil situasi bola mati.

Selepas peluang demi peluang dicipta Bruno Suzuki menjaringkan gol penyamaan hasil hantaran silang Lee Tuck pada minit ke-66.

Negeri Sembilan kemudian menguasai perlawanan dan mencipta banyak peluang. Namun mereka gagal menyudahkan beberapa peluang terbuka.

Boleh dikatakan mereka ada 4 atau 5 peluang yang berpotensi tinggi untuk gol. Masalah utama mereka sejak minit pertama.

Pada minit ke-90, Christie Jayaseelan menutup rapat sisa perjuangan pasukan Negeri Sembilan.

Pahang menang 1-2 ataupun 1-3 secara aggregate. Pahang ke pentas final untuk menentang Kedah.

Tahniah!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN