The Lane, The Finale: Mengimbau Gemilang White Hart Lane Ciptaan Spurs

White Hart Lane. Sejarah arena milik kelab Totenham Hotspurs ini kembali ke tahun 1899. Perlawanan kompetitif pertama melibatkan pasukan Spurs di White Hart Lane hanya diadakan pada tahun 1909.

2619 perlawanan pernah dilangsungkan, 5459 gol dijaringkan, 1528 kemenangan telah dicatatkan oleh Totenham Hotspurs di gelanggang ini.

Jimmy Greaves merupakan penjaring terbanyak dengan 176 gol. Jermaine Defoe dan Glen Hoddle turut berada dalam senarai 10 penjaring terbanyak, masing-masing dengan 90 dan 69 gol.

Demikianlan statistik ringkas sejarah yang terakam selama lebih daripada satu abad. Terkandung  gemilang, naik dan turun sebuah kelab yang diasaskan sejak 1882.

Dikisahkan dari generasi ke generasi di kalangan penyokong setia Spurs.

Gamitan Bintang

Daripada Jimmy Greaves kepada era Paul Gascoigne. Danny Blanchflower kepada Osie Ardiles. Cliff Jones dan Dave Mackay.  Hinggalah kepada zaman Bill Nicholson dan Keith Burkinshaw.

Magis ciptaan mereka semestinya satu kenangan mengamit kalbu buat penyokong Spurs. Ia menyingkap kembali tahun-tahun lama di White Hart Lane.

Sebilangan besar bekas bintang dan pengurus yang pernah menempah nama mereka di sini akan kembali pada Ahad ini untuk kali terakhir.

(Photo by Dan Smith/Getty Images)

Kali ini adalah untuk memberi lambaian selamat tinggal kepada arena lama. Arena lama yang pernah memcatat momento gemilang lampau.

Sehari selepas ini, laluan akan diberi kepada kerja pembinaan stadium baru yang telah lama bermula di tapak bersebelahan.

Mereka yang hadir pada Ahad nanti pasti akan menyingkap kembali kehebatan kepimpinan Blanchflower. Mengenang kebolehan menjaring Jimmy Graves. Aksi generasi Super Gazza.

25 Aug 1990: Paul Gascoigne of Tottenham Hotspur darts between Colin Hendry and Peter Reid of Manchester City during the League Division One match played at White Hart Lane in London, England. Mandatory Credit: Allsport UK /Allsport

Jaringan menakjubkan Gareth Bale dalam saingan Champions League menentang Inter Milan. Tidak lupa juga kecemerlangan Ardiles dan Ricky Villa.

Acara pertama yang direkodkan di White Hart Lane ialah pada tahun 1899 membabitkan sebuah kejohanan atlet di kalangan anggota tentera British.

Lawan kompetitif pertama Totenham Hotspurs di White Hart Lane ialah Queens Park Rangers. Sebulan kemudian pada September 1909, Totenham Hotspurs mulai berentap dalam liga utama di England.

Spurs menamatkan saingan pada musim 1909-10 di tangga ke-15 daripada 20 pasukan bertanding. 

‘Golden Cockerel’- Permulaan Kisah Gemilang Spurs

Logo dan lambang ayam tembaga atau ‘Golden Cockerel’ yang sinonim dengan Totenham Hotspurs sehingga kini, hanya muncul di White Hart Lane pada tahun 1910.

5 tahun kemudian, Spurs buat pertama kalinya menewaskan kelab seteru setempat mereka di dalam Derbi Utara London, Arsenal.

(Photo by Tottenham Hotspur FC/Tottenham Hotspur FC via Getty Images)

Lagenda Spurs, Jimmy Greaves mulai memukau penonton di arena tersebut pada era 50an tetapi bersama Chelsea sebagai seorang pemain remaja.

Totenham Hotspurs memenangi 10 perlawanan berturut-turut pada tahun 1960 menamatkan musim gemilang, bergelar juara liga dan juga juara Piala FA. Bill Nicholson adalah pengurus kelab utara London berkenaan pada masa itu.

Kejayaan Totenham Hotspurs pada musim tersebut menjadikan mereka pasukan pertama yang bergelar juara berganda pada abad ke-20 dalam dua pertandingan kompetitif di England.

Lagenda Sanjungan White Hart Lane

Pada tahun 1961, Jimmy Greaves mulai mencipta nama sebagai lagenda di White Hart Lane. Debut Greaves bersama Spurs menyaksikan beliau menjaringkan hatrik dalam kemenangan 5-2 menentanng Blackpool.

Greaves turut membawa Totenham Hotspurs menjuarai Piala FA pada tahun 1962 dan 1967. Spurs turut muncul sebagai naib juara liga dan muncul pasukan pertama dari British yang merangkul European Cup Winners’ Cup pada tahun 1963, menewaskan Atletico Madrid.

(Photo by Tottenham Hotspur FC/Tottenham Hotspur FC via Getty Images)

Bill Nicholson turut membawa pulang dua kejuaraan Piala Liga ke White Hart Lane pada tahun 1971 dan 1973. Pada tahun 1972, Spurs menewaskan Wolverhampton Wanderes dengan agregat 3-1.

54,000 penyokong di White Hart Lane  menjadi saksi jaringan Alan Mullery, mengesahkan Totenham Hotspurs muncul sebagai juara Eropah.

Keith Burkinshaw turut pernah mengendalikan pasukan Totenham Hotspurs  bergelar juara Piala UEFA pada 1984. Perlawanan final pusingan kedua di White Hart Lane menentang Anderlecht terikat 2-2 secara agregat, menyebabkan perlawanan terpaksa ditentukan melalui sepakan penalti yang amat mendebarkan.

Bekas pengendali Arsenal, George Graham turut pernah memimpin pasukan Totenham Hotspurs menjulang Piala Liga pada tahun 1999. Gary Mabbutt pula merupakan kapten pasukan Spurs yang membawa pasukannya menjulang Piala FA pada tahun 1991.

The Lane, The Finale

White Hart Lane telah menyaksikan kumpulan pemain dan pengurus yang menjadikan pasukan Totenham Hotspurs sebagai sebuah pasukan digeruni.

Pada musim 2017-2018, Totenham Hotspurs akan menggunakan Stadium Wembley sebagai halaman sendiri mereka.

Proses pembinaan baharu Stadium White Hart Lane diramalkan siap dan bersedia untuk digunakan menjelang musim 2018-2019.

Melihat pencapaian anak buah Mauricio Pochettino pada musim ini, penyokong Spurs seharusnya lega akan masa depan kelab ini.

(Photo credit should read IAN KINGTON/AFP/Getty Images)

Mereka telah melalui musim yang hebat, dan hanya Manchester United sahaja yang mampu merosakkan rekod tanpa kalah pasukan ini di tempat sendiri pada musim ini.

Pada umur 45 tahun, Totenham Hotspurs memiliki seorang pengurus yang karimastik, membawa gaya permainan bola sepak moden berpusatkan barisan pemain muda.

Eric Dier, Dele Alli, Harry Kane, Son Heung-Min, Viktor Wanyama, Christian Eriksen dan ramai lagi seharusnya membuatkan era White Hart Lane yang baru dinanti-nantikan oleh penyokongnya dengan rasa optimistik.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN