Helang Merah Terbang Tinggi Di Kuala Terengganu, Layak Ke Final Piala FA 2017

Kedah Darul Aman hadir ke Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu dengan bekalan 1 gol hasil kemenangan 1-0 ketika perlawanan separuh akhir pusingan pertama di Alor Setar.

Nidzam Adha Yusof yang mengendalikan pasukan Kedah dalam perlawanan separuh akhir ini memulakan perlawanan dengan formasi 4-2-3-1.

Terengganu sebagai tuan rumah juga pasti tidak mahu berputih mata di halaman sendiri. Berdefisitkan 1 gol, skuad Penyu turun dengan penuh yakin bersama pengendali berpengalaman, Irfan Bakti.

Nagor Amir Noor Mohammad adalah pengadil untuk perlawanan separuh akhir pusingan kedua Piala FA 2017 ini.

Separuh Masa Pertama 

Empat kali dalam tempoh 3 minit pertama perlawanan adalah petanda jelas Terengganu bersunguh-sungguh untuk memadamkan kelebihan satu gol Kedah.

Dua sepakan penjuru dalam tempoh 5 minit oleh pasukan Terengganu gagal dimanfaatkan. Kedah yang melancarkan serangan balas mengejutkan pasukan Terengganu dengan gol awal.

Kredit: Kedah FA – Persatuan Bolasepak Kedah

Liridon Krasniqi menyudahkan bola yang muntah daripada dakapan penjaga gol Terengganu hasil rembatan kencang Syazwan Zainon.

Kedah selesa mendahului Terengganu dengan agregat 2-0.

Kad kuning pertama perlawanan dilayangkan kepada Akran Mahinan kerana rempuhan kurang bijak pada minit ke-23 perlawnan.

Seminit kemudian, Ken Ilso hampir menghasilkan gol kedua Kedah, namun percubaannya ditepis oleh penjaga gol pasukan Terengganu.

Ken Ilso akhirnya menghukum kesilapan skuad Penyu untuk gol kedua Helang Merah pada minit ke-28.

Bola tampanan ke belakang yang tidak kemas oleh Shukor Jusoh, pantas disambar oleh Ilso. Rembatan deras dari luar kotak penalti oleh Ilso, leret menerjah jaring sebelah kiri pasukan Terengganu.

Kredit: Kedah FA – Persatuan Bolasepak Kedah

Terengganu memiliki peluang untuk merapatkan kedudukan apabila memperoleh sepakan percuma di bahagian tengah luar kotak penalti, namun percubaan Lazaro tersasar di sebelah kiri tiang gol Kedah

Irfan Bakti melakukan pertukaran pada minit ke-40 perlawanan, mengeluarkan Shukor Jusoh dan memasukkan Ismail Faruqi dalam usaha mengubah tempo permainan pasukan Terengganu.

Kemasukkan Ismail Faruqi mengubah corak serangan psaukan Terengganu. Namun Kedah kekal mendahului dengan jaringan 2-0 sehingga tamat separuh masa pertama.

Separuh Masa Kedua

Separuh masa kedua bermula menyaksikan Terengganu mengeluarkan Ferris Danial dan memasukkan Parthiban.

Namun itu tidak menghalang Kedah untuk terus menambah jaringan di Kuala Terengganu. Pada minit ke-49 perlawanan, hantaran satu-dua bersama Ken Ilso, melepaskan Sandro.

Kredit: Kedah FA – Persatuan Bolasepak Kedah

Ini memberi peluang untuk Sandro mengheret bola menewaskan Amierul Hakimi sebelum menolak masuk bola dengan mudah untuk memberi pendahuluan selesa 4-0 secara agregat kepada pasukan Kedah.

Pada kedudukan ini, impian Terengganu untuk memasang impian ke Shah Alam nyata sukar. Namun pujian wajar diberikan kepada anak buah Irfan Bakti kerana tetap cuba mengasak kubu pertahanan Kedah.

Dalam usaha memburu gol, terjahan keras Amirul Syahmi terhadap penjaga gol Kedah, Mohd Ifwat memaksa pengadil melayangkan kad kuning kepada pemain Terengganu itu.

Pada minit ke-83 perlawanan, Parthiban berjaya meloloskan diri di sebelah kiri namun hantaran lintang beliau dirembat tinggi Mohd Firdaus.

Kredit: Kedah FA – Persatuan Bolasepak Kedah

Minit ke-90 menyaksikan Parthiban sekali lagi berjaya lolos di bahagian yang sama. Namun rembatan deras parthiban ditepis keluar oleh penjaga gol Kedah.

Tambahan 3 minit masa kecederaan menyaksikan tidak banyak perubahan pada aksi kedua-dua buah pasukan. Pengadil meniupkan wisel penamat, dan Kedah sah layak ke final dengan agregat 4-0.

Rumusan

Perancangan pengendali Kedah, Mohd Nidzam Adha Yusof berjaya memastikan skuad Helang Merah melangkah ke perlawanan akhir Piala FA 2017.

Setelah gah memenangi Piala Sumbangsih di awal musim, Kedah berpeluang untuk menambah koleksi trofi mereka pada musim ini dengan trofi Piala FA.

Perlawnan akhir yang akan diadakan pada 20hb Mei 2017 di Stadium Shah Alam akan menemukan pasukan Kedah dan Pahang.

Ayuh penyokong Kedah dan Pahang. Kita meriahkan kancah akhir Piala FA 2017 di Shah Alam minggu hadapan!

Kepada penyokong-penyokong Kedah Darul Aman!

Anda boleh mendapatkan jersi Kedah 2017 yang asli (player issue dan fans issue) secara online di laman e-dagang Semuanya BOLA, SBX. Klik link di bawah untuk mula membeli:

SBX – Kedah 2017
SBX – Kedah 2017
SBX – Kedah 2017

Dapatkannya cepat-cepat! Ini kerana stok cepat habis!

Mulakan gaya hidup aktif anda bersama SBX, laman e-dagang Semuanya BOLA.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN