Pahang Akan Bawa Kes Hukuman RM4.9 Juta Sumareh Ke CAS

Mohamadou Sumareh Police Tero FC 2020 PBNP Tidak Betul Gantung Pahang

Pahang akan meminta alasan keputusan sebelum membuat rayuan ke Mahkamah Timbang Tara (CAS) atas keputusan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Semalam, FIFA telah mengarahkan Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) untuk membayar RM4.9 juta kepada Mohamadou Sumareh disebabkan masalah tunggakan gaji dan pelanggaran kontrak yang dikatakan sudah berlarutan sejak tiga tahun lalu.

Ini kerana, di dalam kontrak pemain sayap skuad negara itu terdapat klausa yang menyatakan yang beliau layak untuk menerima kenaikkan gaji setiap tahun sebanyak RM20,362 setelah memasuki musim keduanya bersama Tok Gajah.

Oleh itu, Pahang bukan sahaja ada tunggakan gaji dengan pemain naturalisasi pertama negara itu, malah mereka turut melanggar satu klausa dalam kontrak.

Sebab itu, Sumareh pernah menyatakan yang beliau bersedia untuk mempertahankan tindakannya membawa isu ini ke FIFA disebabkan beliau ada buktinya.

Bekas pengurus pasukan Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang yang kini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sri Pahang FC, berkata kepada Berita Harian yang pihaknya akan mengarahkan peguam mereka untuk tindakan lanjut.

Katanya, antara tindakan yang dilakukan mereka ialah mengemukakan rayuan kepada badan bola sepak dunia itu termasuk mendapatkan alasan penghakiman.

“PBNP juga kemungkinan melantik peguam dari luar negara untuk membantu dalam menyelesaikan kes Sumareh ini,” ujar Suffian Awang lanjut mengenainya.

Pada September, Sumareh muncul dengan kenyataan yang Pahang telah melanggar kontrak sejak tiga tahun lalu dan ia sudah cuba disampaikannya, namun setiap kali beliau cuba berjumpa dengan pihak pengurusan, tiada respon diberikan.

Pemain berusia 25 tahun itu juga memaklumkan telah menghantar sendiri surat sama ada melalui pos ataupun secara serahan tangan ke pejabat. “Tiada siapa respon kepada saya, tiada siapa ajak duduk untuk berbincang,” ujarnya ketika itu.

Ironinya, selepas itu, Sumareh turut berdepan hukuman daripada PBNP yang melarangnya beraksi selama dua tahun di Pahang kerana didapati bersalah atas empat pertuduhan apabila didapati melanggar terma kontraknya dengan persatuan itu.

Dalam pada itu, Mohamadou Sumareh dikatakan semakin hampir menyarung jersi Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas kembali daripada saingan Thai League 1.

KREDIT FEATURED IMAGE: POLICE TERO FC

Baca lagi artikel lain mengenai Mohamadou Sumareh dan Pahang:

Sumareh Digantung Dua Tahun, Tak Boleh Main Lagi Di Pahang

Sebuah Kelab Liga Super Sedang Berbincang Bersama Sri Pahang Tentang Sumareh

Nik Erman: FAM Perlu Tunggu Keputusan FIFA Sebelum ‘Campuri Kemelut’ Sumareh

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN