Masashi Motoyama: Samurai ‘Otai’ Kelantan United Yang Bakal Menggegar Liga-M

Masashi Motoyama Kelantan United

Bekas pemain kebangsaan Jepun, Masashi Motoyama yang berjaya disambar oleh Kelantan United FC (KUFC) akhirnya tiba di Malaysia pada Sabtu untuk melengkapkan perpindahannya ke kelab Liga Premier berkenaan.

Pemain veteren berusia 41 tahun itu bagaimanapun perlu menjalani tempoh kuarantin wajib selama 10 hari di Kuala Lumpur sebelum bertolak ke Kota Bharu untuk mula menjalani latihan bersama pasukannya menjelang sepak mula Liga Malaysia (Liga-M) pada 5 Mac ini.

Motoyama yang telah menggantung but pada 2019 bersetuju untuk keluar dari persaraannya dan menabur khidmat bersama Kelantan United hasil kerjasama dengan syarikat pengeluar minuman probiotik terkemuka dunia, Yakult Malaysia yang merupakan penaja pasukan berkenaan.

“Saya agak tidak sabar untuk menyertai pasukan ini dan bermain bersama mereka. Saya juga tidak sabar untuk bertemu peminat di Malaysia. Terima kasih atas sokongan anda semua untuk saya,” katanya dalam satu kenyataan media Yakult Malaysia yang dilaporkan oleh Bernama.

Pengarah Urusan Yakult Malaysia, Hiroshi Hamada menjelaskan walaupun Motoyama sudah berusia 41 tahun, namun pihaknya yakin pemain tersebut boleh menyumbang sesuatu yang istimewa untuk pasukan ini dan membimbing pemain-pemain tempatan.

Musim ini pasukan yang berpangkalan di pantai timur itu akan dibimbing boleh jurulatih muda dari Jepun, Akhir Higashiyama yang merupakan bekas jurulatih Kuching City FC dengan kontrak selama setahun.

Sebelum ini pasukan tersebut telah mengumumkan penyertaan dua lagi pemain Jepun iaitu Yuki Tanigawa, 23 dan Yuta Suzuki, 30. Dengan tiga pemain import yang diumumkan setakat ini, jelas Kelantan United benar-benar mahu menerapkan ‘DNA Jepun’ dalam falsafah boleh sepak pasukan mereka.

Motoyama merupakan legenda Kashima Antlers di mana beliau telah membuat 496 penampilan dan menjaringkan 63 untuk kelab J-League berkenaan dari tahun 1998 hingga 2005 dan mengumpul 11 kejuaraan utama di negara matahari terbit tersebut.

Antaranya adalah trofi kejuaraan liga (1998, 2000, 2001, 2007, 2008 and 2009), Piala Maharaja Jepun (2000 dan 2007), Piala Liga Jepun (2000 dan 2002) dan Piala Super Jepun pada 2009.

Beliau kemudian menghabiskan tahun-tahun terakhir dalam kariernya dengan menyertai kelab divisyen kedua Jepun, Giravanz Kitakyushu sebelum bersara pada 2019.

Di peringkat antarabangsa, beliau telah mengumpul 28 kaps dan merupakan anggota skuad Jepun yang menjuarai Piala Asia edisi 2004.

Kredit Foto: Getty Images

Page SemuanyaBOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan:

FIFA: Pahang Ada 45 Hari Untuk Bayar RM4.9 Juta Kepada Sumareh

Mengapa Perjanjian Liridon, Abi Ke Newcastle Jets Boleh Dianggap ‘Win-Win Situation’?

Mesej Yang Perlu Dirai Red Giants Di Sebalik Jersi ‘Legasi SuperMokh’

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN