PAFA Nafi Tamatkan Khidmat Trio Brazil, Sebaliknya Mahu Mereka Kekal

Beberapa hari ini bertebaran berita bahawa Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) menamatkan khidmat trio Brazil iaitu, Gilmar Filho, Wander Luiz dan juga Leandro Dos Santos. Menurut berita yang tular itu, penamatan kontrak itu kerana PAFA mahu mencari pemain import baharu.

Ramai penyokong Perak kecewa dengan berita tersebut. Hal ini kerana 3 pemain import tersebut menjadi nadi penting dalam membantu kempen Perak musim ini. Perak menamatkan saingan 2018 dengan cemerlang, menjuarai Piala Malaysia dan menjadi Naib Juara Liga Super 2018, sekaligus mara ke pusingan kelayakan ACL 2019.

Perak dinobatkan sebagai juara Piala Malaysia 2018.

Presiden PAFA iaitu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengaggap berita yang tersebar itu sebagai tidak benar. Dipetik daripada sumber Berita Harian, beliau berkata: “Saya rasa ini [isu pemain import] masih belum lagi diputuskan.”

“Dan kalau mengikut apa yang saya tahu, tiga pemain ini dikekalkan. Saya tidak tahu berita ini dari mana dan ini semestinya ia bukan dari PAFA,” katanya lagi.

Ahmad Faizal sah menjadi Presiden PAFA yang baharu selepas dipilih menerusi Kongres Luar Biasa (EGM) baru baru ini. Beliau menganggap ianya tanggungjawab yang agak berat namun yakin akan dapat menggalasnya dengan bantuan daripada exco dan timbalan Presiden.

Salah satu misi utama beliau adalah mahu memastikan dana PAFA dapat ditingkatkan lagi menerusi penajaan. Beliau juga menegaskan bahawa PAFA kini sedang aktif mencari pemain-pemain baharu bagi menguatkan lagi skuad Seladang.

Beliau berkata PAFA berlumba dengan masa dalam isu pembentukan pasukan kerana senarai pemain perlu diserahkan pada 21 Disember ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN