Pakar Fisio Berpendapat Fortnite Punca Ozil Sakit Belakang

Bintang Arsenal, Mesut Ozil terus dihantui oleh kesakitan belakang. Ini yang membuatkan beliau terus bergelut untuk cergas sepenuhnya. Terdapat kerisauan bahawa, kesakitan itu adalah disebabkan ketagihan Mesut Ozil kepada permainan video Fortnite.

Ozil yang kini telah menjadi pemain bergaji tertinggi dalam sejarah kelab Arsenal masih belum konsisten bermain lebih banyak perlawanan di bawah kendalian Unai Emery.

Ozil gagal untuk cergas dalam perlawanan penting derbi London Utara pada minggu lalu. Beliau kini sudah terlepas 4 perlawanan kerana isu masalah sakit belakang. Ozil juga dijangka akan disisihkan sekali lagi dalam perlawanan Sabtu ini – menentang Hudersfield kerana masalah yang sama.

Unai Emery mengesahkan Mesut Ozil kembali berlatih dengan pasukan utama minggu ini, namun menegaskan pemain perancang itu masih tidak selesa dengan kesakitan belakang yang beliau alami.

Sebelum perlawanan menentang Man. United pada pertengahan minggu lalu, Unai Emery sendiri tidak pasti pemain itu akan bermain atau tidak. Dan Ozil gagal untuk melepasi saringan kecergasan pemain untuk perlawanan tersebut. Arsenal seri 2-2 di Old Trafford.

Laporan di Jerman oleh BILD menyatakan salah satu kemungkinan kenapa Ozil berhadapan masalah sakit tulang belakang adalah kerana ketagihan beliau kepada permainan video. Ozil adalah penggemar permainan Fortnite dan beliau sudah pun melancarkan pasukan eSukan beliau sendiri pada Ogos lalu.

Beliau ketika itu mengumumkan sedang mencari bakat eSukan untuk diketengahkan bagi mewakili pasukan Ozil dalam pertandingan besar untuk EA-FIFA.

Berdasarkan data oleh portal “Wasted on Fortnite”, akaun Mesut Ozil telah bermain sebanyak 5,221 pertarungan Fortnite pada kiraan terakhir. Satu pusingan Fortnite mengambil masa purata 20 minit untuk diselesaikan.

Jadi, berdasarkan statistik itu, Ozil sudah bermain sebanyak 104,420 minit permainan itu, bersamaan sekitar 1,740 jam ataupun 72 hari. Ozil juga dilaporkan bermain Fortnite secara purata 5jam sehari.

Fisio Sukan merangkap Pensyarah di Universiti Sukan Cologne, Jerman – dalam subjek Pencegahan dan Rehabilitasi dalam Sukan iaitu Profesor Ingo Frobose mengesahkan kepada BILD bahawa itu antara sebab utama kenapa Ozil sakit belakang.

Ingo berkata: “Ya, benda itu [Fortnite] boleh mengakibatkan Ozil berhadapan dengan masalah sakit belakang.  Seorang atlet kompetitif akan terasa kesan tidak aktif melakukan aktiviti fizikal selama berjam jam kepada badan mereka – lebih pantas daripada bukan atlet.

“Ini kerana Ozil memiliki struktur fizikal yang sudah dilentur secara intensif menerusi latihan yang beliau lalui sebagai atlet. Jika anda bukan atlet, anda tidak akan perasan akan perkara itu kerana impaknya lambat.”

Salah satu laman forum peminat Arsenal – Le Grove – juga berpendapat benda yang sama. Mereka mendapati Ozil sekarang sudang ketagih dengan Fortnite.

Salah seorang pengguna twitter, Tom Todhunter berkata: “Untuk seorang yang tahu akan Fornite, untuk mendapatkan 600 kemenangan itu, anda perlukan masa yang sangat banyak. Anda perlu menewaskan 99 pemain jika anda bermain dalam mode survival, 48 pasukan lagi dalam mode duo ataupun 24 lagi dalam mode skuad.””

“Ianya misi yang sangat sukar. Jika saya menjadi pengurus Arsenal, saya boleh katakan Ozil sekarang sedang bergelumang dengan cara hidup kurang sihat, aktiviti yang membuatkan beliau tidur lewat sepanjang malam. Ini kerana permainan itu seperti permainan video terbaik yang lain, ianya membuatkan anda ketagih.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN