Pele Bengang Dibandingkan Dengan Messi Yang Tak Mampu Menanduk Bola Dengan Betul

Legenda Brazil, Pele dianggap sebagai pemain bola sepak terbaik dalam sejarah oleh ramai peminat bola sepak dan pengamal media. Pele ditanya; apa pendapat beliau tentang Lionel Messi yang dianggap pemain terbaik dalam sejarah bola sepak sama seperti beliau (Pele).

Pele hairan dengan perbandingan itu. Ini kerana bagi Pele ianya satu perbandingan tidak masuk akal untuk membandingkan pemain yang ‘all rounder’ seperti beliau dengan pemain yang memiliki skil terhad – Lionel Messi.

Menurut Pele, Messi adalah pemain yang hanya boleh melakukan percubaan gol dengan satu kaki sahaja. Pele juga berpendapat Maradona adalah jauh lebih baik daripada Lionel Messi.

Lionel Messi mulai dianggap sebagai pemain terbaik dalam sejarah bola sepak terutama sekali era moden. Messi merupakan pemenang 5 Ballon d’Or dengan rekod yang tidak terkira.

Namun Pele tidak begitu faham tentang ramai pihak mengangkat Messi terlalu tinggi dan membandingkan pemain itu dengan beliau. Pele menjaringkan lebih 100 gol dalam karier – menang 3 Piala Dunia. Beliau berkata:

“Bagaimana kamu boleh membandingkan pemain yang boleh menanduk bola dengan baik, melakukan percubaan dengan kaki kanan dan kiri dengan baik – dengan pemain yang melakukan percubaan gol hanya dengan 1 kaki, hanya memiliki 1 skil serta tak boleh menanduk bola dengan betul?”

“Macamana kamu membuat perbandingan? Untuk membandingkan dengan Pele, kamu perlukan pemain yang boleh melakukan percubaan gol dengan kedua-dua belah kaki serta boleh menjaringkan gol menerusi tandukan.”

Pele juga berpendapat ada beberapa nama lain yang lebih baik daripada Messi termasuk Maradona, Beckenbauer dan Johan Cruyff.

Argentina’s coach Diego Maradona (R) speaks to Argentina’s striker Lionel Messi prior the 2010 World Cup quarter-final match Argentina vs. Germany on July 3, 2010 at Green Point stadium in Cape Town. NO PUSH TO MOBILE / MOBILE USE SOLELY WITHIN EDITORIAL ARTICLE – AFP PHOTO / JAVIER SORIANO (Photo credit should read JAVIER SORIANO/AFP/Getty Images)

“Setakat yang saya tahu, Maradona adalah salah seorang pemain terbaik dalam sejarah. Jika kamu tanya saya: ‘adakah Maradona lebih baik daripada Messi?’ Jawapan saya ‘ya’, jauh lebih baik. Beckenbauer, dan Cruyff juga pemain yang luar biasa.”

Walaupun Pele mungkin tidak berkenan untuk dibandingkan dengan Messi sebagai pemain terbaik dalam sejarah, namun bintang Barcelona itu sudah mencapai banyak kejayaan bersama Barcelona. Setakat ini beliau sudah menjaringkan leih 565 gol daripada lebih 650 penampilan untuk Bacelona.

Messi sudah menjaringkan 65 gol daripada 128 penampilan untuk Argentina. Selain daripada pemenang 5 Ballon d’Or, Messi setakat ini sudah memenangi 9 La Liga, 4 UCL dan 3 Piala Kelab Dunia.

Namun harus diakui Messi masih mencari trofi antarabangsa yang pertama bersama negaranya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN