PAFA Dipuji Bertindak Proaktif Lengkapkan Proses Penswastaan Kelab

PAFA

Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) antara persatuan yang bergerak aktif dalam melengkapkan proses penswastaan kelab menjelang tarikh akhir ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada September depan.

Pengerusi Jawatankuasa Khas Bolasepak Profesional Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Mohd Firdaus Mohamed mendedahkan, menjelang pertengahan September depan, PAFA akan selesai pertukaran status ke pasukan bola sepak (FC) bagi musim depan.

“Perak antara yang cepat dan bersungguh untuk selesaikan penswastaan, kesemua dokumen yang diperlukan telah lengkap dan hanya menunggu untuk diproses mengikut prosedur yang kita tetapkan.

“Mereka antara negeri yang paling proaktif dalam memastikan proses penswastaan dan juga pemisahan FA ke FC diselesaikan,” katanya selepas menerima kunjungan delegasi PAFA yang diketuai Timbalan Presiden PAFA, Datuk Adly Shah Ahmad Tah.

Hadir sama dalam kunjungan itu, Naib Presiden PAFA 1, Datuk Muhammad Yadzan Mohammad dan Setiausaha Kehormat PAFA, Mohamed Helmi Mohamed.

FAM sebelum ini menegaskan pasukan yang gagal melakukan pemisahan FA ke FC tidak dibenarkan menyertai Liga Super atau Liga Premier musim depan sebaliknya akan diturunkan ke Liga Amatur iaitu Liga M3.

Sementara itu, Adly Shah ketika ditemui berkata, pihaknya optimis terhadap pertukaran itu kerana Perak FA komited untuk melakukannya.

“Alhamdulillah FAM telah beri jaminan proses penswastaan kelab untuk Perak akan selesai tidak lama lagi, kita telah bentangkan segala dokumen yang diperlukan dan mereka berpuas hati.

“Insha’Allah akan selesai dalam masa terdekat dan setakat ini semuanya berjalan lancar, Perak FA akan bertukar wajah menjadi FC sebelum tarikh akhir yang ditetapkan badan induk bola sepak negara kita,” katanya lagi.

Kredit foto: Perak TBG

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN