Ong Kim Swee Mahu Menang Demi Ranking, Perjelas Kriteria Pemilihan Pemain

Datuk Ong Kim Swee memandang serius perlawanan persabahatan dengan Filipina pada 22 Mac ini.

Ranking semasa Malaysia jauh di belakang Filipina. The Azkal kini berada di ranking ke-124 dunia manakala Malaysia berada di ranking ke-161.

Dipetik dari laman rasmi FAM, Datuk Ong Kim Swee berkata:

“Bagi saya, perlawanan menentang Filipina ini cukup penting kerana kita sudah hampir empat bulan tidak beraksi untuk perlawanan antarabangsa selepas berakhir kempen Piala Suzuki AFF 2016 pada November lalu.”

“Jika dilihat rekod pertemuan kita dengan Filipina, sering kali berakhir dengan keputusan seri. Jadi sudah tentu kali ini kita mahukan kemenangan.”

Namun begitu, Datuk Ong Kim Swee tetap merasakan lawan Malaysia adalah pasukan yang lebih baik berdasarkan ranking semasa dan ianya bukan tugas mudah untuk menewaskan mereka.

Mengulas tentang pemilihan pemain kali ini. Ong Kim Swee berkata, pemilihan beberapa muka baru adalah berdasarkan prestasi semasa merea di Liga Super 2017 setakat ini.

Beberapa muka lama dikekalkan atas faktor untuk menguatkan persefahaman di dalam pasukan.

Beliau menambah:

“Daripada 5 pemain yang digugurkan, 3 daripadanya mengalami kecederaan iaitu Ahmad Fakri Saarani, Irfan Fazail dan Darren Lok.”

“Muka baru yang dipanggil pula adalah berdasarkan prestasi baik mereka dalam saingan liga seperti Farizal Harun, Akram Mahinan dan Afif Amiruddin.”

Ong Kim Swee tidak mahu mengambil risiko untuk memanggil terlalu ramai muka baru dalam masa yang singkat.

Jadi beliau cuba mengekalkan beberapa pemain yang sudah faham cara pasukan beliau bermain.

Namun, Ong Kim Swee masih membuka pintu kepada pemain-pemain lain sekiranya cemerlang ataupun ada pemain yang tercedera dalam perlawanan Piala FA hujung minggu ini.

Beliau juga masih belum memuktamadkan senarai pemain-pemain yang akan menyertai Malaysia dalam kempen kelayakan Piala Asia menentang Korea Utara pada 28 Mac ini.

Baca juga: Skuad Negara Umum Senarai 23 Pemain, Pemain Perak Kuasai Senarai

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN