Sains: Bagaimana Sorakan Penyokong Barca Ketika Gol Sergi Roberto Hasilkan Gempa Bumi

Dalam satu perlawanan Champions League pada 2017, sorakan penyokong Barca ketika meraikan gol kemenangan Sergi Roberto menentang PSG telah menghasilkan satu gegaran yang sangat kuat dan boleh dikatakan sebagai gempa bumi skala kecil.

Semua kita tahu bunyi itu terhasil daripada getaran. Getaran yang kuat ini telah membawa kepada gegaran pada skala minor di permukaan bawah tanah Camp Nou.

Sorakan 96,000 penyokong di Camp Nou pada malam itu memang luar biasa.

Seorang pakar seismologi, Jordi Diaz telah mengemukakan laporan beliau tentang hal ini.

Satu seismometer telah dipasang di Institute of Earth Sciences Jaume Almera. Ianya kira-kira 500 meter daripada Camp Nou, tempat berlangsungnya perlawanan Barca vs PSG.

Laporan Diaz mengesahkan ia adalah gegaran terkuat yang pernah dirakamkan oleh seismometer yang berada di institut tersebut, sejak ia dipasang 5 tahun yang lalu.

Ketika gol ke-2 dan ke-3 Barca, sorakan yang dihasilkan juga telah mewujudkan gegaran yang agak kuat daripada yang biasa ataupun yang pernah berlaku sebelum ini di Camp Nou.

Untuk gol ke-4 dan ke-5, kadar gegaran itu dikatakan agak normal seperti mana yang pernah direkodkan sebelum ini. Ianya tidak seperti ketika jaringan ke-2 atau ke-3 tadi.

Kebiasannya dalam perlawanan sebegini, jaringan ke-4 dan ke-5 pastinya akan lebih gegak gempita. Ianya mungkin kerana penyokong Barca tersentak selepas gol Edinson Cavani.

Namun gol ke-6 oleh Sergi Roberto telah mewujudkan satu gegaran kecil dan boleh dikatakan menyamai gempa bumi skala kecil.

Untuk tambahan, Jordi Diaz juga kerap juga mengukur gegaran yang terhasil daripada konsert besar yang dianjurkan di Camp Nou.

Ia adalah Earthquake Celebration!

Baca juga: Analisis Taktikal UCL: Taktikal High Pressing Barcelona Hampakan Taktikal Defensif PSG

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN