Analisis; Statistik Memphis Depay Selepas 8 Perlawanan Di Lyon, Mengagumkan!

Memphis Depay adalah prospek yang pernah menjadi rebutan kelab-kelab besar selepas aksi cemerlang pada Piala Dunia Brazil dan juga bersama PSV Eindhoven.

Namun beliau gagal menterjemahkannya ketika bersama-sama dengan Manchester United. Pemain ini akhirnya menyertai Lyon pada jendela perpindahan yang lalu.

Ini adalah analisis untuk 8 penampilan pertama beliau dengan Olympique Lyonnais dan 8 perlawanan beliau bersama Manchester United untuk musim 2016/17.

Statistik Memphis Depay

Dalam 8 perlawanan beliau untuk United musim ini, purata Depay bermain untuk setiap perlawanan adalah 21 minit, manakala untuk Lyon beliau sudah beraksi 59 minit per perlawanan.

Beliau melakukan 5.33 cubaan gol per perlawanan dengan Lyon berbanding hanya 3.33 cubaan gol per perlawanan.

Untuk purata gol per perlawanan pula, Depay mencatatkan angka 0 dengan United. Manakala dengan Lyon, Depay mencatatkan ratio 0.59 gol per perlawanan.

Begitu juga dengan bantuan gol, beliau mencatatkan 0 untuk United. Namun dengan cemerlang mencatatkan 0.38 bantunan gol per perlawanan.

Ini menunjukkan pemain ini sudah menemui sentuhan kreatitivi dan gol beliau di dalam padang.

Dari segi kekerapan hantaran, ini satu-satunya statistik beliau hanya ‘sangat sedikit’ menurun.

Di Lyon beliau melakukan 48 hantaran per perlawanan berbanding dengan 48.89 hantaran per perlawanan di United.

Namun kualiti hantaran akhir beliau di Lyon lebih baik daripada di United apabila mencatatkan 5.5 hantaran bahaya berbanding 4.44 hantaran bahaya sebelum ini.

Beliau telah terlibat dalam 102.85 aksi dalam setiap perlawanan di Lyon berbanding hanya 96.11.

Nampaknya, Memphis Depay adalah pemain yang sudah kembali kepada prestasi yang baik. Kami percaya beliau masih banyak yang boleh dipersembahkan beliau.

Pembelian yang berbaloi setakat ini untuk Lyon dengan harga £16 juta dan boleh meningkat sehingga £21.7 juta. Tahniah Depay!

Baca juga: 5 Statistik Negeri Sembilan Setakat Ini Yang Anda Perlu Tahu

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN