Liridon Krasniqi Ambil Lesen Memandu, Kini Peroleh Lesen ‘L’

Bintang Kedah yang sememangnya popular iaitu Liridon Krasniqi kini telah memiliki lesen memandu Malaysia beliau sendiri menurut sumber Arena Harimau Malaysia.

Beliau yang selesa dengan panggilan Mat Don ini telah berjaya memiliki lesen memandu beliau sendiri untuk memudahkan beliau bergerak ketika berada di Malaysia.

Lesen ‘L’

Liridon kini sudah punya lesen memandu beliau sendiri, dan kini lesen beliau berada di kelas ‘L’ setakat ini.

Siapa yang mempunyai lesen memandu pasti tahu akan had bagi pemilik lesen memandu L iaitu pemilik lesen memandu L hanya mampu membawa kereta dengan pengawasan guru memandu sahaja.

Nampaknya boleh kita katakan yang beliau kini sudah berada dalam proses untuk mendapatkan lesen penuh beliau ketika ini.

Untuk pengetahuan anda, lesen memandu Malaysia boleh digunakan secara sah di kebanyakan negara di dunia ini tanpa sebarang masalah.

Kami memuji tindakan Liridon mengambil lesen memandu di negara kita ini sebagai langkah proaktif untuk menjadi pengguna jalan raya yang baik.

Dengan pengambilan lesen memandu ini juga membuatkan kami terfikir, adakah Liridon mahu memperoleh karier yang panjang di negara kita bersama Kedah?

Terkini: Menurut sumber kami, Liridon kini sudah pun lulus ujian memandu dan kini tidak lagi memegang lesen memandu L.

Baca juga: Ong Kim Swee Mahu Menang Demi Ranking, Perjelas Kriteria Pemilihan Pemain

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN