Bambang Pamungkas Pilih 4 Pemain Selangor Dalam Kesebelasan Terbaik Beliau

Bintang Indonesia dan juga lagenda pasukan Selangor, Bambang Pamungkas telah memilih 4 pemain Selangor dalam kesebelasan terbaik beliau sepajang karier beliau.

Dalam siri ‘Ini Tim Gue’ (Ini Pasukan Saya), beliau telah memilih 4 bekas rakan sepasukan beliau ketika beliau beraksi bersama-sama pasukan Selangor.

Gandingan mantap

Dalam kesebelasan utama yang dipilih Bambang dalam siri Ini Tim Gue itu, beliau telah memilih 4 pemain Selangor yang juga bekas rakan sepasukan beliau ketika era beliau di Malaysia ketika pertengahan era 2000-an.

Dalam kesebelasan yang dipelopori 7 pemain dari pemain yang pernah bersama-sama beliau di Malaysia, Bambang memilih P. Gunalan sebagai pertahanan kiri terbaik beliau.

Bagi Bambang, Gunalan mempunyai disiplin ketika menyerang serta bertahan yang cukup baik.

Dalam masa yang sama, beliau bermain dengan Gunalan ketika Gunalan sedang berada dalam prestasi kemuncak beliau jadi kerana itu Bambang merasakan beliau adalah pemain yang cukup hebat di pertahanan kiri.

Selain itu, Bambang juga memilih K. Sanbagamaran sebagai pemain tengah bertahan pilihan beliau.

Hal ini kerana bagi Bambang, Sanbagamaran merupakan pemain yang memberikan komitmen yang teramat tinggi seperti yang dikatakan Bambang “pemain yang memberikan 120% ketika beraksi”.

Bambang juga menggambarkan Sanbagamaran sebagai seorang pemain yang merupakan enjin atau tulang belakang kepada pasukan Selangor ketika itu serta seorang pemain yang akan menjadi pemain pertama mencabar setiap bola yang berada di udara.

Dalam masa yang sama, Bambang juga merasakan Sanbagamaran sebagai pemain yang “tidak muda tetapi tidak berhenti berlari.”

Rakan senegara

Masakan Bambang akan terlupa untuk meletakkan pemain yang membantu beliau mencipta Indonesian Connection sewaktu di Selangor?

Bambang turut memilih rakan senegara beliau iaitu Elie Aiboy sebagai pemain di bahagian sayap kanan untuk kesebelasan terbaik beliau.

Justifikasi pemilihan Elie adalah kerana Elie merupakan pemain yang cukup setia memberikan servis yang cukup baik kepada beliau untuk sekian lamanya terutamanya ketika bermain di peringkat kelab dan juga antarabangsa.

Seorang lagi pemain Selangor pilihan Bambang adalah Perica Ognjenovic untuk pemain sayap kanan.

Bambang memilih beliau adalah kerana beliau merupakan pemain yang mempunyai pengalaman bermain bola sepak di bahagian tertinggi.

Ognjenovic merupakan sebahagian daripada skuad Piala Dunia 1998 Yugoslavia serta skuad Real Madrid yang memenangi gelaran UEFA Champions League pada tahun 2000.

Berikut adalah 4 pemain Selangor yang berjaya masuk dalam kesebelasan idaman Bambang Pamungkas. Berikut merupakan senarai penuh dengan menggunakan formasi 4-2-3-1:

  • Hendro Kartiko (penjaga gol)
  • Ismed Sofyan (pertahanan kanan)
  • Hamka Hamzah (pertahanan tengah)
  • Ricardo Salampessy (pertahanan tengah)
  • P. Gunalan (pertahanan kiri)
  • K. Sanbagamaran (pemain tengah bertahan)
  • Ponaryo Astaman (pemain tengah bertahan)
  • Elie Aiboy (sayap kanan)
  • Luciano Leandro (pemain tengah menyerang)
  • Perica Ognjenovic (sayap kiri)
  • Kurniawan Dwi Yulianto (penyerang)

Baca juga: Liridon Krasniqi Ambil Lesen Memandu, Kini Peroleh Lesen Memandu ‘L’

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN