Joe Hart Beri Gambaran Tak Akan Main Untuk Manchester City Lagi

Joe Hart memberikan bayangan yang beliau akan meninggalkan Manchester City selepas sesi pinjaman beliau bersama Torino berakhir.

Bercakap kepada BBC, beliau sendiri merasakan masanya bersama City sudah tamat.

Hormat

Hart disingkirkan oleh Pep Guardiola selepas pengurus Sepanyol itu merasakan beliau tidak sesuai dengan taktikalnya.

Oleh kerana itu, Hart dipinjamkan ke kelab Itali iaitu Torino dan serta-merta menjadi kesayangan peminat di sana.

Ketika ditanya mengenai tindakan Guardiola menyingkirkan beliau, Hart tetap menghormati keputusan pengurus itu.

“Saya tak rasa tindakan beliau itu adalah bersifat peribadi. Beliau tak ada niat nak hancurkan karier saya pun.”

“Hal ini kerana, saya rasa beliau bertindak sedemikian demi mencari gabungan pemain yang beliau rasakan terbaik untuk menang kejuaraan. Saya hormat akan keputusan beliau.”

Ke mana selepas ini?

Hart juga ditanya adakah beliau akan pergi menyertai Torino secara tetap selepas ini.

Beliau berkata beliau dan agennya akan menimbangkan sekiranya ada tawaran rasmi dari Torino.

Namun dalam masa yang sama beliau juga tidak menolak untuk kembali ke Premier League.

“Saya suka Premier League. Ia adalah liga yang menarik dan saya selalu tonton Premier League.”

Kedudukan England terjejas?

Masa depan Hart sebagai penjaga gol utama England juga dikatakan bakal tercabar sekiranya tidak dapat bermain bola sepak sepenuh masa.

Namun dakwaan itu ditepis oleh Hart.

“Gareth Southgate adalah seorang yang mudah. Beliau tidak akan mahu pemain beliau lakukan itu dan ini untuk dapat main England.”

Namun satu perkara yang menghantui Hart – minit bermain di peringkat kelab.

“Posisi penjaga gol ini sukar untuk dicabar kerana bilangannya yang kecil. Kita kena tunggu satu penjaga gol itu keluar barulah kita boleh cuba datang isi kekosongan itu.”

“Jadi jika saya mahu bermain dengan pasukan ternama sudah pastinya sukar. Hal ini kerana setiap pasukan ternama itu pasti ada penjaga gol yang cukup hebat.”

“Senang cerita, kita perlukan satu-satu perkara terjadi untuk mengharapkan satu perkara lain pula terjadi.”

Baca juga: Bambang Pamungkas Pilih 4 Pemain Selangor Dalam Kesebelasan Terbaik Beliau

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN