Ong Kim Swee Akui Perlu 8 Minggu Latihan Untuk Perbaiki Kecergasan Pemain Sabah

Sabah antara pasukan yang kini sudah pun memulakan persiapan mereka dengan lebih serius, sebelum saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2023 bermula tidak lama lagi.

Menerusi aksi konsisten mereka pada musim lalu dalam saingan Liga Super, sudah tentu para penyokong mengharapkan sesuatu yang lebih baik pada tahun ini dan ada perubahan baharu dibuat.

Terbaharu, pasukan tersebut akan berlepas ke Thailand sebagai medan persiapan seterusnya dengan beberapa aksi persahabatan yang bakal berlangsung.

Selain menilai kekuatan semasa pasukan, tiga pemain import baharu mereka yang ditandatangani musim ini turut akan diuji Datuk Ong Kim Swee untuk melihat sejauh mana prestasi semasa bersama Sabah.

Jelas Kim Swee, mereka akan mula berlepas pada 27 Januari ini ke Bangkok untuk menguji beberapa kelab dari pihak tuan rumah, Denmark, serta Korea Selatan dengan nama kelab lawan masih lagi belum diketahui.

“Tiga perlawanan ini cukup penting, untuk memastikan kita mendapat rentak terutamanya dengan kehadiran ramai pemain baharu bersama pasukan Sabah FC.

“Jadi saya berharap dengan latihan yang diadakan di Thailand ini, akan mampu membentuk satu kombinasi yang baik sebelum berlangsung perlawanan lain,” katanya menerusi BERNAMA.

Untuk rekod, Sabah telah pun menandatangani tiga pemain import baharu mereka untuk terus memperkuatkan pasukan di segenap aspek serta tampil lebih baik berbanding tahun lalu.

Tiga pemain tersebut ialah Gabriel Peres, Telmo Castanheira, serta bekas tonggak serangan utama Kelantan United pada musim lalu iaitu Njoku Jacob.

Pada masa sama, Sabah turut mengekalkan dua khidmat import mereka pada musim lalu yang mempamerkan aksi cemerlang iaitu Saddil Ramdani serta Park Tae-su.

Seterusnya, Kim Swee juga mengakui beliau masih lagi memerlukan lebih masa untuk memastikan prestasi pemain kendaliannya kembali mantap.

“Secara asasnya kita memerlukan tiga hingga lapan minggu latihan, untuk memastikan pemain berada pada tahap kecergasan yang cukup tinggi.

“Jadi kita berharap pemain dapat meneruskan latihan kerana setiap pemain dalam Sabah FC adalah penting memandangkan tahun ini kita mempunyai banyak perlawanan,” katanya.

Sumber:
BERNAMA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN