Catat Rekod 4 Kali Hatrik Dalam Saingan EPL, Bukti Haaland Penyerang Terhebat Dunia

Penyerang sensasi Manchester City iaitu Erling Haaland terus mencipta rekod tersendiri selepas beliau sekali lagi menjadi tumpuan utama ketika mereka menewaskan Wolves menerusi keputusan 3-0.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Etihad itu, Haaland sekali lagi mencuri tumpuan ramai peminat bola sepak dunia, setelah beliau berjaya meledak hatrik untuk terus mengukuhkan namanya selaku penjaring terbanyak musim ini.

Untuk rekod semasa, Haaland kini telah pun meledak 25 gol secara keseluruhan dalam saingan liga dan telah memintas rekod jaringan terbanyak musim lalu yang dimenangi oleh Son Heung-min dan Mohamed Salah.

Sebenarnya, Haaland juga sudah pun memintas rekod jaringan pada empat musim berturut-turut sebelum itu dalam saingan EPL.

Musim lalu, kedua penyerang berbisa ini telah pun berkongsi gelaran tersebut setelah masing-masing meledak sebanyak 23 gol secara keseluruhan.

Malah, Haaland juga mempunyai peluang yang cerah untuk memecahkan rekod penjaring terbanyak dengan 34 gol pada musim 1993/1994 serta 1994/1995 iaitu Andrew Cole dan Alan Shearer.

Ini kerana, City masih lagi mempunyai baki 18 perlawanan dan berdasarkan prestasi semasa Haaland, beliau mungkin dapat memecahkan rekod tersebut.

Selepas tampil dengan aksi yang agak mengecewakan ketika City tewas di tangan Manchester United dan Haaland sendiri gagal menjaringkan sebarang gol, kebangkitan penuh berjaya dipamerkan pemain kebangsaan Norway itu.

Segalanya tampak kembali stabil selepas Haaland kembali menemui kualiti penyudahnya, ketika mereka menewaskan Tottenham Hotspur dengan keputusan 4-3 dan penyerang itu berjaya menyumbang satu jaringan.

Untuk aksi terbaharu ini, Haaland jelas tampil begitu garang di barisan hadapan dengan melakar gol pertama buat City pada minit ke-40 hasil hantaran cantik daripada Kevin De Bruyne.

Pada minit ke-50, Haaland sekali lagi tampil cemerlang untuk menyudahkan peluang sepakan penalti, setelah sebelum itu Ilkay Gundogan dijatuhkan oleh pemain lawan iaitu Ruben Neves.

Seolah-olah membenarkan Haaland untuk mencipta hatrik, satu kesilapan besar dibuat oleh penjaga gol Wolves iaitu Jose Sa setelah beliau membuat hantaran tidak cermat yang tiba kepada Riyad Mahrez sebelum hantaran lolos dibuat tepat kepada penyerang itu untuk menyudahkanya.

Menerusi momentum serta aspek kualiti yang dipamerkan Haaland selaku penyerang utama, maka ada kemungkinan lebih banyak rekod-rekod baharu akan dicipta beliau pada masa akan datang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN