Omid Nazari ‘Jeneral’ Baharu Buat Negeri Sembilan

Negeri Sembilan antara pasukan yang sangat serius pada aksi persiapan pra musim ini dengan menandatangani beberapa pemain berstatus bintang bagi memperkuatkan pasukan bagi menghadapi cabaran Liga Malaysia (Liga-M) yang bakal bermula tidak lama lagi.

Terbaharu, skuad ini berjaya mendapatkan khidmat pemain import bagi slot Asean, Omid Nazari yang mempunyai kerakyatan Filipina yang disahkan menerusi laman Facebook rasmi pasukan berkenaan.

Bagaimana Anda Boleh Hidupkan ‘Vibe’ Tonton Bola Di Kedai Mamak Bersama sooka

Pemain kacukan Sweden-Iran-Filipina ini pernah beraksi di beberapa kelab di Sweden pada awal karier sebelum berhijrah ke Asean bagi menyertai kelab-kelab di sini.

Pada awal pembangunan karier, Omid telah menyertai pasukan Malmo FF sejak tahun 1996 dan kekal sehingga pada tahun 2011 sebelum menyertai kelab Angelholms FF selama tiga musim. Bersama pasukan tersebut, Omid telah membuat 66 penampilan bersama 3 gol berjaya diledak.

Pertama kali beraksi di Asean, Omid telah menyertai kelab Global FC di Filipina dan menjadi titik kebangkitan terbaik buat pemain ini dalam karier apabila berjaya meledak 9 gol dari 18 aksi yang menampilkan beliau.

Omid hampir menyertai Melaka United pada musim 2016 namun atas masalah yang tak dapat dielakkan pemain ini terpaksa membatalkan kontrak bersama pasukan tersebut.

Sekembalinya beliau di Filipina, Omid telah menyertai salah satu pasukan gergasi negara tersebut iaitu Ceres Negros yang kini dikenali sebagai United FC. Beliau telah membantu kelab tersebut mencatat kejuaraan liga untuk dua musim berturut-turut pada tahun 2017 dan 2018.

Pemain Filipina ini juga berjaya mengembangkan lagi karier apabila berjaya menandatangani kontrak bersama Persib Bandung pada tahun 2019 untuk berada di Liga 1 Indonesia sebelum kembali ke United FC pada tahun 2021.

Omid juga pernah beraksi sebanyak lima kali untuk pasukan kebangsaan Iran dan berjaya meledak satu gol pada tahun 2012.

Selain Omid Nazari, Negeri Sembilan juga berjaya menandatangani Matheus Alves selaku penyerang import mereka dan kini secara keseluruhan pasukan tersebut sudah mempunyai empat pemain import.

Sebelum itu, juara Liga Premier musim 2021 itu telah menandatangani bekas pertahanan kental Sri Pahang, Herold Goulon dan pendatang baharu di Liga Malaysia, David Gordon Mawutur yang beraksi di posisi tengah untuk berpasangan bersama Omid Nazari.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN