Ollie Watkins: Saya Seharusnya Ledakkan Lebih Daripada Hatrik

Ollie Watkins

Penyerang Aston Villa, Ollie Watkins mengakui bahawa beliau seharusnya meledakkan lebih daripada hatrik pada pertemuan menentang Liverpool dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) 2020/21, awal pagi tadi.

Kelibat Watkins yang menyertai Aston Villa pada awal September lalu dengan kontrak selama lima tahun menjadi bualan ramai selepas beliau menjadi pertama dalam tempoh 10 tahun terakhir berjaya meledakkan hatrik ke gawang Liverpool.

Lebih manis untuk diperkatakan, tiga jaringan yang terhasil pada minit keempat, 22 dan 39 itu telah membantu Aston Villa membelasah Liverpool tanpa belas kasihan di Villa Park.

Pemain berusia 24 tahun itu bagaimanapun terlepas peluang terbaik untuk menambah dua lagi jaringan pada perlawanan tersebut apabila percubaannya terkena palang dan situasi satu lawan satu dinikmatinya berjaya dinafikan Adrian di gawang Liverpool.

”Sebelum perlawanan saya tidak menyangka dapat menjaringkan tiga gol, tetapi selepas gol pertama saya mendapat sedikit keyakinan dan semakin meningkat.”

”Saya mendapat peluang dan saya seharusnya mendapatkan lebih lagi pada penghujung perlawanan,” ujar Ollie Watkins menurut laporan Goal.

”Saya tidak tahu sama ada sekiranya saya berada dalam kedudukan ofsaid pada percubaan pertama, tetapi merasakan situasi satu lawan satu dengan penjaga gol, saya mesti menjaringkannya.”

”Anda boleh sentiasa untuk menunjukkan peningkatan dan saya percaya mampu untuk menyempurnakannya [peluang tersebut].”

Ledakan tiga gol itu juga menyaksikan hatrik yang sempurna buat Watkins apabila beliau menjaringkan gol menggunakan kaki kanan dan kiri serta tandukan.

Kredit featured image: Aston Villa FC

Baca artikel lain dari kami mengenai Aston Villa:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN