RASMI: Ross Barkley Dipinjamkan Ke Aston Villa

Ross Barkley Aston Villa

Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Aston Villa mengumumkan pihaknya telah menandatangani pemain tengah England, Ross Barkley dari Chelsea dengan pinjaman selama semusim.

Pemain berusia 26 tahun tersebut menyertai Chelsea dari Everton pada 2018 dan telah membuat 86 penampilan untuk kelab utara London tersebut dalam semua pertandingan dan telah menjaringkan 11 gol.

Perpindahan tersebut berkemungkinan besar berlaku disebabkan persaingan untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama yang semakin sengit di mana bahagian tengah Chelsea dibarisi oleh Jorginho, Mason Mount, N’Golo Kante, Mateo Kovacic, Billy Gilmour, Ruben Loftus Cheek dan pemain baharu Kai Havertz.

Namun dengan reputasinya sebagai salah seorang pemain tengah terbaik England, beliau tentunya mampu memberi nilai tambah yang baik untuk Vila yang menamatkan musim lepas di tangga ke-17 dan hampir-hampir tersingkir dari EPL.

“Mendapatkan pemain berkualiti seperti Ross adalah sesuatu yang menguntungkan untuk kelab ini dan saya saya kehadirannya dapat meningkatkan lagi kemampuan pasukan,” ujar penguru Villa, Dean Smith.

Barkley merupakan pemain kelima yang dibawa masuk ke Villa Park selepas Ollie Watkins, Bertrand Traore, Matty Cash dan Emiliano Martinez. Hasilnya pasukan tersebut kini sedang menduduki tangga keempat liga selepas menang dua daripada dua perlawanan.

Untuk perlawanan seterusnya, Villa akan berdepan Stoke City dalam saingan Piala Carabao pada Khamis sebelum menumpuh cabaran getir bertemu juara bertahan Liverpool pada Ahad.

Kredit Foto: Aston Villa

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Inggeris:

Leave a Reply