Oliver Kahn Dedah Punca Sebenar Mengapa Bayern Munich Tak Minat Tandatangani Cristiano Ronaldo

Penyerang handalan, Cristiano Ronaldo dikhabarkan bakal tidak bersama Manchester United lagi pada musim hadapan dan kini tanda tanya tercetus di mana destinasi seterusnya buat pemain ini pada masa akan datang.

Salah satu pasukan yang dikaitkan dengan beliau merupakan Bayern Munich sebelum ini dengan khabar Ronaldo bakal memperkuatkan jentera serangan pasukan tersebut.

Namun, lain pula yang berlaku apabil Ketua Pegawai Eksekutif Bayern iaitu  Oliver Kahn menyatakan kelab tidak berminat untuk dapatkan khidmat Ronaldo.

Menurut beliau, setelah melihat kelibat Ronaldo yang kini berusia 37 tahun itu, Kahn menyatakan ianya tidak sesuai dengan falsafah pasukan.

Sebelum itu, sumber dari ESPN juga ada menjelaskan mengenai beberapa pasukan yang dilihat berpotensi untuk mengikat Ronaldo setelah pemain tersebut mahu keluar dari kelab semasanya iaitu United.

Antara kelab-kelab yang dilihat berpotensi untuk mendapatkan penyerang Portugal tersebut ialah Bayern, Chelsea, dan Napoli selain ada juga pasukan lain yang memantau perkembangan tersebut.

Namun Bayern mungkin paling awal keluar daripada senarai apabila Kahn menegaskan kelab tidak akan membawa masuk Ronaldo pada saingan akan datang.

“Secara jujurnya, Ronaldo merupakan salah seorang pemain yang sangat hebat, namun perpindahan tersebut tidak akan berlaku, kerana pemain tersebut tidak memenuhi kehendak falsafah pasukan,” jelas Kahn.

Setakat ini Robert Lewandowski masih lagi menjadi penyerang harapan buat Bayern, namun beliau dikhabarkan mahu meninggalkan kelab pada musim panas ini.

ESPN juga melaporkan Barcelona telah membuat tawaran kali ketiga untuk mendapatkan Lewandowski bagi bersaing di Sepanyol musim hadapan.

Namun tawaran yang dikhabarkan mencecah €40 juta itu langsung tidak dipandang oleh Bayern yang berkeras mahu mengekalkan pemain tersebut sambil Kahn secara umum menyatakan Lewandowski bukan untuk dijual.

Pengurus baharu United, Erik Ten Hag juga menjelaskan, beliau mahu kelibat penjaring 24 gol musim lalu tersebut, untuk terus kekal bersamanya bagi membentuk skuad terbaharu.

Namun, sekiranya pemain tersebut berkeras untuk berpindah, pengurusan mahu Ronaldo untuk pergi ke kelab lain yang lebih jauh daripada menyertai Chelsea.

Ronaldo sebenarnya mahu beraksi dalam saingan tertinggi Eropah iaitu Champions League dan bersaing dalam beberapa kejohanan besar yang lain biarpun sudah berada di penghujung karier.

Pemain ini sepatutnya sudah pun turun menjalani latihan di Carrington bersama rakan sepasukan lain sejak Isnin lalu, namun Ronaldo masih dibenarkan untuk menyambung cuti daripada pengurusan atas sebab masalah keluarga.

United dijadualkan bakal berlepas ke Bangkok pada hari esok, namun sehingga kini Ten Hag sendiri tidak tahu sama ada Ronaldo bakal turun berlatih bersama mereka atau terus terbang ke Bangkok.

Sumber:
ESPN

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN