Aidil Sharin: “Mereka Beri Kami Padang ‘Terbaik’ Semalam”

Airil Sharin Kedah Terengganu Padang terbaik

Dalam sidang media sejurus berakhir kempen Kedah Darul Aman FC di saingan Piala FA 2022, pengendalinya, Aidil Sharin Sahak seperti berlaku sinis dengan situasi padang yang disediakan oleh tuan rumah untuk latihan.

Ini punca kapten, Syazwan Zainon akhirnya terpaksa diketepikan sebelum perlawanan bermula. Mungkin Aidil awalnya merasakan pemain sayap itu boleh turun beraksi setelah mengalami kecederaan hari sebelumnya.

Jika diamati kenyataan Aidil, Syazwan telah mengalami kecederaan pada hari sebelum perlawanan iaitu ketika sesi latihan. Beliau tetap disenaraikan pada awalnya, sebelum pada saat akhir mereka terpaksa membawa masuk Al-Hafiz Harun untuk mengambil alih posisi dan peranan Syazwan Zainon dalam aksi tersebut.

Akhirnya Kedah terpaksa mengucapkan selamat tinggal Piala FA yang digengaman mereka selama tiga tahun selepas menjuarainya pada edisi 2019 dan dua edisi berikutnya dibatalkan akibat pandemik Covid-19. Kedah tewas tipis 0-1 kepada Terengganu FC dalam aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Piala FA: Jaringan Tunggal Faiz Nasir Cukup Untuk Benam Juara Bertahan, Kedah

Kedah gagal atasi 10 pemain Terengganu

Biarpun beraksi dengan 10 pemain, Terengganu FC berjaya mara ke suku akhir Piala FA 2022 selepas benam cabaran juara bertahan, Kedah Darul Aman FC dengan keputusan 1-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Turun bermain di hadapan penyokong sendiri memberikan sedikit kelebihan buat Terengganu di awal babak pertama apabila menguasai permainan dengan Kedah gagal membina kombinasi yang baik di jentera hadapan.

Minit ke-6, Faisal Halim berjaya mengatasi kawalan bek kiri, Azmeer Aris sebelum membuat hantaran lintang menemui Faiz Nasir yang menanduk deras menewaskan penjaga gol dan kapten, Ifwat Akmal. Pada awalnya lilitan kapten diberikan kepada Syazwan Zainon sebelum beliau dilaporkan mengalami kecederaan saat akhir.

Minit ke-50, Pape Diakite dilayangkan kad merah selepas didapati membuat kekasaran dan menjatuhkan Ngah Wanja ketika pemain itu sedang berlari menuju ke gawang tuan rumah. Jelas yang ia satu tamparan hebat buat pengendali Terengganu, Nafuzi Zain apabila kehilangan tonggak penting di benteng di awal babak kedua.

Pelawat mencipta dua peluang terbaik berturut-turut pada minit ke-52 dan ke-53 menerusi sepakan percuma Al-Mardi yang ditepis penjaga gawang, Suhaimi Husin sebelum beliau menangkap kemas cedukan Ngah Wanja.

Begitupun, Terengganu kembali stabil semula apabila Hairey Hakim dibawa masuk menggantikan Faiz Nasir untuk mengukuhkan benteng tuan rumah. Kedah seolah-olah tiada jawapan kepada penguasaan oleh lawan.

Aidil Sharin kritik tindakan tuan rumah

Adakah begini cara layanan kepada tetamu, begitulah bunyi kenyataan pengendali kelahiran Singapura itu apabila bercakap tentang kecederaan yang menimpa Syazwan yang menjejaskan perancangan pasukan.

Jika diamati ia bukanlah keadaan padang di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, tempat berlangsungnya perlawanan malam tadi. Kecederaan Syazwan berlaku pada hari sebelumnya, mungkin ketika sesi latihan.

“Kami dapat padang ‘terbaik’ daripada Terengganu semalam. Anda tahu, mereka berikan padang ‘terbaik’ dan Kapet [Syazwan] tercedera di buku lali. Saya tidak tahu, adakah ini cara profesional melayan tetamu?”

“Jika anda melayan tetamu dengan baik, anda perlu berikan yang terbaik. Kami dapat padang ‘terbaik’ semalam dan Kapet tercedera. Dia cuba ketika sesi memanaskan badan tadi tetapi dia tidak dapat teruskan. Itu punca kami terpaksa menukar perancangan dan membawa masuk Al-Hafiz pada saat akhir.”

Padang terbaik tetapi mengaitkannya dengan kecederaan Syazwan yang telah memaksa mereka mengubah perancangan pasukan. Jadi, ia mungkin berbunyi sinis dan ditujukan kepada pihak tuan rumah, Terengganu.

Ketiadaan Syazwan beri kesan kepada pasukan

Pengaruh pemain sayap itu selepas era Baddrol Bakhtiar tidak boleh dinafikan. Lima kali beliau mengetuai pasukan tahun ini di saingan Liga Super dan Piala AFC, semuanya berjaya disudahkan dengan kemenangan.

Begitupun, aksinya agak terhad disebabkan faktor umur dan kecergasan. Berusia 32 tahun, bekas pemain skuad kebangsaan itu memiliki pengalaman yang luas tetapi sudah kekurangan dari segi kecergasan dan kekuatan.

Ini diakui Aidil yang mengatakan segalanya terpaksa berubah dengan ketiadaan Syazwan di saat akhir.

“Sudah tentu berbeza [ketiadaan Syazwan]. Jika kita bercakap tentang ‘set-pieces’ dan perancangan taktikal, Kapet dua, tiga kali lebih baik berbanding Al-Hafiz. Al-Hafiz bagus dengan kepantasannya tetapi Kapet lebih berpengalaman jika kita mahu pegang bola dan mendominasi perlawanan.”

Apa pun, Terengganu telah berjaya menyamai pencapaian musim lalu apabila mara ke suku akhir membenam cabaran juara bertahan, Kedah. Kedua-dua pasukan akan bertemu di lokasi yang sama untuk kempen Liga Super pada Jumaat, 15 Julai depan. Adakah Terengganu akan melayan tetamu dengan baik selepas ini?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN