Analisis Ini Akan Mengubah Persepsi Anda Terhadap Syazwan Zainon Sebagai Kapten Kedah

Syazwan Zainon

Umum mengetahui tentang penghijrahan legenda pasukan Kedah Darul Aman (KDA) ke Sabah awal musim ini.

Ramai yang beranggapan Baddrol Bakhtiar akan menghabiskan karier bola sepaknya di Kedah namun kehadiran Dato Ong Kim Swee di Sabah mempunyai “sesuatu” yang berjaya menarik beliau ke sana.

Disamping Badrol, KDA juga kehilangan beberapa pemain berpengaruh pasukan seperti Rizal Ghazali, Renan Alves, Rabih Ataya serta duo serangan Kpah Sherman & Tcheche Kipre.

Kehilangan pemain-pemain penting pasukan ini menyebabkan KDA terpaksa mengambil pemain-pemain baru tempatan dan juga import baru untuk menghadapi musim 2022.

Untuk membina semula pasukan yang kuat, pengaruh & peranan ketua pasukan sangat penting. Ketika pra-musim, beberapa nama dicadangkan sebagai pengganti Baddrol sebagai ketua pasukan.

Antaranya, Syazwan Zainon, Rodney Celvin, & Azamuddin Akil malahan Fazdrul Danel & Amirul Hisyam pun turut disebut-sebut sebagai calon ketua pasukan.

Setelah hampir separuh musim 2022, KDA telah melalui sembilan perlawanan Liga Super, satu perlawanan Piala FA & tiga perlawanan Piala AFC.

Untuk Liga Super, KDA merekodkan empat kemenangan dua seri & tiga kekalahan manakala kejayaan untuk satu-satunya perlawanan Piala FA.

Dalam Piala AFC baru-baru ini, KDA merekodkan dua kemenangan & satu kekalahan.

Berikut adalah statistik perlawanan yang diharungi KDA dengan siapa yang mengetuai pasukan ketika itu:

  • LS1 Syazwan Zainon (Menang)
  • LS2 Syazwan Zainon (Menang)
  • LS3 Syazwan Zainon (Menang)
  • LS4 Rodney Celvin (Kalah)
  • LS5 Jang Suk-won (Menang)
  • LS6 Rodney Celvin (Kalah)
  • LS7 Jang Suk-won (Kalah)
  • LS8 Jang Suk-won (Seri)
  • LS9 Jang Suk-won (Seri)
  • FA1 Ifwat Akmal (Menang)
  • AFC1 Ronald Ngah Wanja (Kalah)
  • AFC2 Syazwan Zainon (Menang)
  • AFC3 Syazwan Zainon (Menang)

Syazwan Zainon tampil sebagai ketua pasukan pertama menandakan beliau dilantik untuk mengetuai KDA pada musim 2022 ni.

Beliau secara keseluruhannya tampil memimpin KDA sebanyak lima kali. Jang Suk-won pula tampil empat kali sebagai ketua pasukan, Rodney dua kali & satu kali masing-masing untuk Ifwat Akmal & Ronald Ngah Wanja.

Adakah prestasi terumbang ambing ini mungkin juga ada kaitan dengan pengaruh ketua pasukan?

Dapat dilihat disini pretasi KDA sangat baik apabila Syazwan menjadi ketua pasukan dengan meraih kemenangan dalam kelima-lima perlawanan tersebut.

Manakala selebihnya prestasi KDA dilihat terumbang ambing apabila Syazwan tidak bermain. Ini dapat dilihat dengan hanya satu kemenangan dapat diraih tanpa Syazwan Zainon.

Berdasarkan data ini, ada berita baik & kurang baik. Yang baiknya, Syazwan seakan-akan dapat mengisi kekosongan yang ditinggalkan Baddrol namun yang kurang baiknya ketiadaan pengganti setara jika Syazwan tidak dapat bermain.

Umum tahu bahawa Syazwan ini boleh dikata pemain yang agak mudah mendapat kecederaan. Barisan kejurulatihan harus memberi perhatian tentang perkara ini dengan KDA bakal menempuh banyak lagi perlawanan sama di Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia mahupun Piala AFC.

Bukan menafikan faktor-faktor lain yang mempengaruhi prestasi pasukan, namun perkara-perkara seperti boleh menaikkan moral pemain-pemain lebih-lebih lagi ketika menghadapi perlawanan yang berintensiti tinggi.

Kehadiran permata-permata baru (satu tempatan & dua import) juga diharap dapat meningkatkan lagi moral pasukan untuk menghadapai perlawanan mendatang

Nota editor: Artikel ini merupakan hasil nukilan Zul Fitrey. Jika anda ingin menulis kepada kami, hantarkan artikel tidak kurang daripada 300 patah perkataan dalam format MS Word ke [email protected] .

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN