Oliver Burke: “Saya Pilih Bundesliga Dari Premier League Demi Masa Bermain”

Musim ini, nama Oliver Burke tiba-tiba saja menjadi bualan peminat bola sepak seluruh dunia.

Mana tidaknya, beliau mencipta perhatian selepas melakukan assist untuk RB Leipzig ketika menentang Borrusia Dortmund.

Selain daripada itu, Burke menjadi satu-satunya pemain dari Scotland yang menjaringkan gol di Bundesliga selepas kali terakhir dilakukan Brian O’Neil pada 1999.

Dan kini, beliau menjadi pemain Scotland termahal dalam sejarah selepas perpindahan beliau dari Nottingham Forest ke RB Leipzig.

Tetapi apa yang membuatkan Burke beralih arah ke Bundesliga dari bola sepak British pada usia muda iaitu 19 tahun?

Mahu masa bermain

Bakat yang ada pada Burke sudah lama diperhatikan oleh kelab-kelab utama di Premier League.

Duo kelab Manchester, Chelsea, Liverpool, Tottenham antara yang cuba untuk mendapatkan Burke.

“Saya pernah ke Tottenham, tapi apabila saya ke sana hati saya terus katakan tidak untuk bermain dengan kelab ini.”

“Mereka seolah-olah tidak kisah tentang perkara-perkara kecil yang diperlukan oleh pemain muda.”

Burke risau beliau hanya akan dipinjamkan ke kelab lain seperti apa yang terjadi kepada majoriti pemain muda di Premier League.

“Saya tak mahu berpindah ke kelab Premier League dan selepas itu dipinjam ke kelab lain.”

“Dan selepas itu mereka membeli pemain lain yang bermain di posisi yang sama dengan saya dengan harga yang besar.”

“Lihat saja Chelsea, berapa ramai pemain mereka yang mereka pinjamkan?”

Burke menyatakan beliau tidak pernah menyesal berpindah ke Bundesliga.

Beliau juga tidak pernah menyangka selain dari kelab dari Premier League, kelab Bundesliga iaitu RB Leipzig datang melamar beliau. Itupun selepas agen beliau memberitahunya.

https://www.instagram.com/p/BJqj9s6j1Wu/?taken-by=oliverjburke

Burke merasakan diri beliau amat diperlukan oleh RB Leipzig selepas sesi perbualan antara beliau dengan Ralf Rangnick yang merupakan pengarah sukan RB Leipzig dan ketua jurulatih Ralph Hasenhuttl.

“Mereka memberitahu saya bagaimana saya akan menyesuaikan diri dengan pasukan dan tugas saya bersama pasukan nanti.”

“Mereka ibaratkan saya seperti cakera keras, yang baru penuh separuh sahaja.”

Apa yang dikatakan 2 pegawai RB Leipzig itu bukan janji kosong. Burke memperoleh penampilan pertamanya selepas menjadi pemain gantian ketika menentang Borrusia Dortmund.

117212-leipzig_dortmund_burke_

Dalam perlawanan itu, Burke mencipta assist kepada gol kemenangan mereka.

Burke memperoleh debut penuh apabila menentang Cologne. Dalam perlawanan itu beliau menjaringkan gol dalam masa 5 minit sahaja.

Rindu keluarga

Burke masih belum lagi dapat menyesuaikan dirinya di Leipzig.

Barangkali kerana perbezaan bahasa, beliau agar sukar untuk bercampur dengan orang tempatan.

“Orang paling saya rindu adalah ibu saya.”

“Dia orang yang paling dekat dengan saya, kami kerap berbual di telefon tapi itu belum cukup. Saya tetap mahu ahli keluarga saya bersama dengan saya.”

Burke pada mulanya teragak-agak untuk bersetuju untuk bermain dengan RB Leipzig.

Katanya, beliau bertanya kepada keluarganya adakah benar-benar mereka tidak kisah melihat Burke bermain di Jerman.

“Tetapi pada mula-mula, ibu saya agak risau. Dia tak boleh tidur malam!”

“Tetapi saya katakan yang saya di Jerman baik-baik sahaja, dan kelab menjaga saya dengan baik.”

Keluarga Burke kerap hadir ke Jerman melihat Burke beraksi, dan mereka bercadang untuk berpindah ke Jerman pada Krismas.

“Tetapi saya tak galakkan mereka ikut saya ke Jerman. Sebab untuk apa tinggalkan kerja dan rakan-rakan di sekolah yang sedia ada?”

“Tetapi dari caranya mereka benar-benar mahu berpindah. Nampak seperti mereka betul-betul rindukan saya!”

Mahu wakili Scotland

Burke terkenal dengan kelajuan yang ada padanya. Oleh itu, beliau kerap disamakan dengan Gareth Bale dan Cristiano Ronaldo.

Dan hal ini terbukti apabila beliau kerap menghabiskan masa menonton video duo Real Madrid itu di Youtube.

“Waktu saya berumur 13, saya catat 11 saat pada rekod 100 meter saya. Jadi sekarang pasti lebih laju.”

“Dan itu lah sasaran saya yang selalu saya kejarkan.”

Burke memulakan kariernya di Nottingham Forest seawal usia 8 tahun.

Dan ini membuatkan beliau pernah dirisik oleh England FA untuk bermain dengan England.

Namun bagi pemuda berasal dari Kirkcaldy, Scotland ini, beliau tetap mahu bermain untuk Scotland.

471461-oliver-burke-scotland-1

“England FA pernah cuba untuk memujuk saya bermain untuk mereka tetapi saya tak mahu.”

“Ini kerana saya sudah wakil Sotland di peringkat remaja lagi. Jadi setiap kali saya memakai jersi Scotland jiwa patriotik saya akan mengalir dalam diri saya.”

Baca juga: Akhbar Jerman Janji Akui Gol Geoff Hurst Final Piala Dunia 1966 Jika Britain Kekal Di EU

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN