Fed Up Kalah, Jurulatih Mahu Dapatkan Sperma Zlatan & Ronaldo Untuk Bantu Pasukan

Ini satu tindakan yang gila tetapi kelakar!

Seorang jurulatih dari Norway akhirnya telah penat selepas melihat pasukanya tidak maju.

Jadi beliau telah menekan butang panik untuk menyelamatkan pasukannya.

Mohon bantuan pemain terbaik dunia.

Ole Vidar Toftesund (gambar bawah) atau nama singkatannya Tofte merupakan seorang jurulatih kelab bola sepak di Norway.

torfe1

Beliau melatih kelab divisyen 5 di Liga Norway iaitu Nordstrand IL yang berpengkalan di daerah Bodo, utara Norway.

Tofte telah mempunyai pengalaman berlatih selama 30 tahun dan telah melatih lebih 1000 orang pemain.

Tetapi baginya, kebanyakan pemain yang dilatih beliau adalah pemain-pemain yang teruk!

Majoriti pemain yang dilatih oleh Tofte adalah disifatkan sebagai “gemuk, besar dan tua.”

Jadi untuk menyelamatkan pasukan beliau dari terus merudum, beliau telah melakukan satu tindakan yang amat tidak disangka-sangka.

Tofte telah mencipta sebuah video memohon bantuan pemain-pemain hebat seluruh dunia untuk memberikan bantuan kepada pasukannya.

Tetapi Tofte tidak mahu pemain-pemain tersebut bermain. Tetapi Tofte mahukan sperma daripada mereka!

Dalam video tersebut, Tofte memegang kertas berisi ayat-ayat yang diturunkan sehelai demi sehelai untuk menyampaikan mesejnya.

Dan ini adalah terjemahannya:

“Nama saya ialah Tofte. Saya merupakan jurulatih bola sepak dari utara Norway.”

“Saya sudah menjadi jurulatih untuk 30 tahun.”

“Saya sudah melatih lebih 1000 pemain bola sepak. Namun kebanyakkan pemain adalah teruk.”

“Mereka semuanya tua. Ada diantara mereka merupakan pemain yang besar dan gemuk.”

“Saya dah penat. Tapi saya ada satu idea!”

“Dalam masa 20 tahun Nordstrand IL akan menjadi pasukan terbaik di dunia! Bagaimana?”

“Saya akan buat semua teman wanita pemain saya mengandung.”

“Mengandung hasil dari sperma pemain-pemain terbaik dunia.”

“Dan saya perlukan bantuan anda.”

“Anda tahu sesiapa yang mengenali Zlatan Ibrahimovich?”

“Cristiano Ronaldo? Paul Gascoigne?”

“Sila share video ini, saya perlu bercakap dengan mereka! Saya dah tak boleh lambat lagi.”

Merupakan rancangan realiti

Sebenarnya, ini merupakan rancangan realiti TV mengenai bola sepak di Norway.

Rancangan yang diterbitkan oleh Sporten.com ini adalah kesinambungan di atas kejayaan siri yang lalu melibatkan jurulatih bernama Blaker.

Jadi untuk musim baharu mereka menampilkan Tofte sebagai watak utama untuk mengubah nasib pasukan Nordstrand IL.

Cabaran utama adalah cuaca sejuk dan bersalji di kawasan Bodo yang cukup menyukarkan pasukannya untuk berlatih di luar kerana keadaan padang yang sentiasa terjejas.

torfe2

Oleh itu, Torfe dan anak-anak buahnya perlu berlatih di dalam dewan yang diberi nama Nordland Hall.

Namun begitu disinilah cabarannya.

Untuk mendapatkan akses ke dalam Nordland Hall, mereka perlu memenangi perlawanan supaya mereka dapat berlatih di dalam dewan itu dengan selesa.

torfe3

Dengan keadaan padang latihan di luar dewan yang tidak begitu baik, jadi pastinya sukar untuk Torfe dan anak-anak buahnya untuk berlatih taktikal mereka dan menenangi perlawanan.

Bagaimana jurulatih Torfe hendak selesaikan hal ini? Segalanya di tangan beliau.

Baca juga: 11 Pemain Profesional Kelab Norway Ini Menentang 22 Pemain Amatur Dalam Perlawanan Bola Sepak Yang Lucu

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN