Ole Gunnar Solskjaer: Hari Terburuk Saya Sebagai Pengurus Man Utd

Ole Gunnar Solskjaer

Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mengakui kekalahan besar skuad bimbingannya ke atas Tottenham Hotspur merupakan hari yang terburuk buatnya sepanjang bergelar pengurus kelab tersebut.

Beraksi di gelanggang sendiri langsung tidak memberikan sebarang kelebihan buat United pada perlawanan ini meskipun mendahului lawan hasil sepakan penalti Bruno Fernandes seawal minit kedua.

Tottenham kemudiannya memberi reaksi pantas apabila berjaya menghasilkan dua jaringan pantas menerusi Tanguy Ndombele dan Son Heung-min sebelum United menerima nasib malang berikutan kad merah diterima Anthony Martial pada minit ke-28.

Kekurangan seorang pemain jelas mempengaruhi corak permainan United yang kemudiannya dibolosi empat lagi jaringan sekaligus menerima kekalahan kedua musim ini selepas mengharungi tiga perlawanan liga.

Sehubungan aksi longlai yang dipamerkan anak buahnya di Old Trafford, Solskjaer meletakkan sepenuh tanggungjawab berhubung kekalahan memalukan itu di bahunya sendiri.

”Ini merupakan bahasa kedua saya jadi amat sukar bagi saya untuk mengungkapkannya dengan kata-kata. Ia adalah satu perasaan yang amat mengerikan.”

”Hari yang sangat buruk buat saya sepanjang bergelar pemain dan pengurus buat Manchester United,” ujar Solskjaer menurut laporan Goal.

”Saya pernah menjadi sebahagian daripada kekalahan besar sebelum ini dan kami akan kembali bangkit, jadi saya akan membiarkan mereka pergi ke tugasan skuad kebangsaan, mencari kekuatan mereka sendiri dan yang lain akan kekal di sini, kami akan membantu mereka.”

”Selepas menerima keputusan seperti ini, anda perlu untuk mengosongkan minda dan kepala serta memandang ke hadapan.”

”Kadang-kadang anda melakukan kesilapan, ia sebahagian daripada hidup dan anda melakukan terlalu banyak kesilapan dalam satu perlawanan dan itu menunjukkan hasilnya ketika berdepan lawan yang sangat baik.”

”Mereka [Tottenham] sebuah pasukan yang penuh dengan kualiti dan kami dihukum hampir setiap kesilapan yang kami lakukan.”

”Kami tidak dapat menerima aksi sedemikian rupa. Saya mengangkat tangan dan saya mengambil tanggungjawab terhadap perkara ini,” tambah Solskjaer lagi.

Kredit featured image: Oli Scarff – Pool/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Ole Gunnar Solskjaer:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN