Ole Gunnar Solskjaer Tak Mahu Tinggalkan Manchester United

Pengurus sementara Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mengatakan yang beliau tidak merancang untuk berpisah dengan kelab itu sekali lagi.

Menurut laman BBC Sport, beliau yang juga merupakan bekas pemain kelab itu mengatakan yang dirinya mempunyai niat untuk tidak meninggalkan kelab itu selepas kontraknya tamat.

Untuk rekod, kontrak beliau sebagai pengurus sementara Manchester United hanya akan berakhir pada akhir musim ini sahaja.

“Saya tidak mahu untuk tinggalkan pasukan ini.”

NEWCASTLE UPON TYNE, ENGLAND – JANUARY 02: Ole Gunnar Solskjaer, Interim Manager of Manchester United celebrates victory after the Premier League match between Newcastle United and Manchester United at St. James Park on January 2, 2019 in Newcastle upon Tyne, United Kingdom. (Photo by Michael Regan/Getty Images)

Manchester United kini memenangi 4 perlawanan berturut-turut di bawah kendalian Solskjaer selepas menewaskan Newcastle United.

Romelu Lukaku dan juga Marcus Rashford menjaringkan 2 gol penting memberikan kemenangan bermakna buat Manchester United.

Apa yang dikatakan oleh Solskjaer itu jelas tidak akan menyenangkan majikan asal beliau di Norway iaitu Molde.

Dikala Solskjaer mengatakan yang beliau menyimpan hasrat untuk kekal lebih lama di Manchester United, Molde menjangkakan beliau untuk kembali ke kelab tersebut selepas tugas di England selesai.

Hal ini kerana, ketika hendak melepaskan Solskjaer ke Manchester United, Molde mengatakan yang hanyalah “meminjamkan” pengurus tersebut sehingga tamat musim.

Romelu Lukaku menjaringkan gol penting buat Manchester United dengan pemain itu melakukannya dengan menggunakan sentuhan pertama beliau sahaja dalam perlawanan.

3 mata yang diperoleh di St. James’ Park membolehkan mereka terus mendekati kelompok 4 teratas dengan kini hanya 3 mata dibelakang Arsenal.

Lawan mereka selepas ini ialah Reading dalam aksi FA Cup.

Leave a Reply