Skuad bawah 23 kebangsaan (B-23) berjaya menamatkan saingan peringkat Kumpulan B Sukan SEA dengan mengekalkan rekod tanpa kalah daripada empat perlawanan dihadapi anak buah Brad Maloney.
Sebentar tadi di Stadium Thien Truong dengan mencatat keputusan seri 2-2 dengan Hadi Fayyadh tampil cemerlang untuk meledak dua gol tersebut pada minit ke-51 dan 68 pada perlawanan tersebut.
Keputusan Masa Penuh
Bola Sepak Lelaki Sukan SEA 2021 | Isnin, 16 Mei 2022
MALAYSIA 🇲🇾 2-2 🇰🇭 KEMBOJA
⚽️ Hadi Fayyadh 51’ (P) 67’
⚽ Choun Chanchav 45’+1 (P) Ky Rina 60’#FAM #HarimauMalaya #Vietnam2021 pic.twitter.com/R5AYQ5PpEK— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) May 16, 2022
Pada perlawanan ini jelas Malaysia menurunkan ramai pemain simpanan sambil merehatkan beberapa tonggak seperti Luqman Hakim Shamsuddin, Nik Akif Syahiran, Mukhairi Ajmal serta beberapa pemain yang beraksi pada perlawanan lalu.
Azfar Fikri berjaya melepaskan percubaan pertama seawal enam minit permainan berlangsung setelah menerima umpanan daripada Quentin Cheng, namun bola tersebut sedikit tersasar di bahagian kiri gawang gol.
Peluang keemasan sekali lagi terbuka buat Azfar untuk menjaringkan gol setelah menerima umpanan daripada Syafik Ismail sebelum percubaan penyerang tersebut tepat dalam dakapan penjaga gol, Hul Kimhuy pada minit ke-14.
Hadi Fayyadh mempunyai detik terbaik buat Malaysia menjaringkan gol pada minit ke-32, namun tandukan penyerang tersebut sedikit melepasi gawang gol setelah menerima hantaran lintang daripada Syafik di sebelah kanan.
Saat segalanya bakal tamat di separuh masa pertama dengan keputusan seri, tiba-tiba sahaja Kemboja mendapat sepakan penalti setelah bola terkena tangan Quentin Cheng pada masa tambahan.
Choun Chanchav mudah menyempurnakan sepakan tersebut untuk meletakkan Kemboja 1-0 di hadapan Malaysia sehingga wisel separuh masa pertama dibunyikan.
Separuh Masa
Bola Sepak Lelaki Sukan SEA 2021 | Isnin, 16 Mei 2022
MALAYSIA 🇲🇾 0-1 🇰🇭 KEMBOJA
⚽️ Choun Chanchav 45’+1 (P)#FAM #HarimauMalaya #Vietnam2021 pic.twitter.com/LDtC6k4w50
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) May 16, 2022
Giliran Malaysia pula dihadiahkan penalti pada awal separuh masa kedua setelah Syafik dijatuhkan pertahanan lawan dalam petak penalti sewaktu situasi sedikit kelam kabut di dalam petak penalti.
Tampil Hadi kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-51 setelah sepakan penalti yang diambil pemain ini mudah menewaskan penjaga gol Kemboja untuk meningkatkan motivasi para pemain bagi mencari gol pendahuluan pula.
GOOL!!
Hadi Fayyadh (P) 51’MALAYSIA 🇲🇾 1-1 🇰🇭 KEMBOJA#FAM #HarimauMalaya #Vietnam2021 pic.twitter.com/109TLlpYUE
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) May 16, 2022
Kemboja kembali mengejutkan kem kebangsaan pada minit ke-62 setelah pemain mereka iaitu Sa Ty berjaya melepasi kawalan pertahanan negara hasil hantaran jauh dibuat untuk meletakkan mereka kembali di hadapan.
Enggan mengalah lebih awal, Hadi kembali menceriakan kem kebangsaan setelah meledak gol kedua Malaysia untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-68 menerusi satu gerakan individu sangat cantik.
Kemasukan Luqman Hakim di separuh masa kedua nyata berjaya meningkatkan lagi kualiti serangan Malaysia dengan beberapa siri percubaan berjaya dilakukan kem Malaysia untuk menekan Kemboja.
Keputusan kekal sehingga wisel penamat dibunyikan walaupun Kemboja hadir pada saat akhir bagi mencipta kejutan dalam perlawanan tersebut sebelum pertahanan kem negara cemerlang menafikan siri serangan mereka.
Ikuti kami di TikTok!
Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.
Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!