Mbappe Tetap Bersetuju Ke Madrid Walau Ditawarkan Gaji Lebih Rendah

Walau ditawarkan gaji lebih rendah, Kylian Mbappe dilaporkan sudah bersetuju mahu sertai Real Madrid pada jendela perpindahan musim panas ini.

Kylian Mbappe dilaporkan sudah bersetuju mahu menandatangani kontrak selama lima tahun di Santiago Bernabeu selepas beliau akhirnya memutuskan untuk meninggalkan PSG selepas kontraknya tamat penghujung musim ini.

Sejak jendela perpindahan musim panas lalu lagi Kylian Mbappe sudah hangat dikaitkan dengan bakal menyertai Real Madrid, namun perpindahan itu tidak berlaku.

Pihak kelab berusaha sehabis daya mereka untuk memujuk Kylian Mbappe agar menandatangani kontrak baru di Parc des Princes.

Walau sudah ditawarkan dengan kontrak yang sungguh luar biasa lumayan, namun pemain berusia 23 tahun itu tetap menolak untuk menandatangani kontrak baru bersama PSG.

Musim ini, PSG semakin gigih berusaha untuk memujuk Mbappe dan kerana itulah mereka turut pernah menawarkan kontrak yang sungguh luar biasa lumayan kepada pemenang Piala Dunia itu.

Setakat ini Kylian Mbappe masih menolak untuk menjelaskan ke mana arah tuju masa depan beliau, namun ketika majlis penyampaian anugerah Ligue 1 kemarin, beliau sepertinya telah memberi gambaran tentang hal tersebut.

Menurut sumber laporan dari Marca, pemain penyerang itu akan menandatangani kontrak bersama Real Madrid sehingga 2027 selepas beliau dikatakan sudah berunding dengan Los Blancos minggu lalu.

Laporan sama turut mendakwa yang Kylian Mbappe akan menerima gaji yang lebih rendah di Santiago Bernabeu berbanding dengan apa yang akan beliau terima andai beliau kekal di Parc des Princes.

“Saya tak boleh cakap tentang masa depan saya, tapi kamu akan tahu tidak lama lagi… Ia sudah hampir untuk diputuskan.”

Jelas pemain kebangsaan Perancis itu ketika majlis penyampaian hadiah saingan Ligue 1.

“Ini bukan masa yang sesuai, tapi ya, ya…. Keputusan saya sudah hampir untuk diputuskan.”

Kylian Mbappe telah dinamakan sebagai pemain terbaik saingan Ligue 1 musim ini dan ia sebenarnya kali ketiga berturut-turut beliau menerima anugerah sama.

Beliau berjaya membantu PSG untuk menjuarai saingan Ligue 1 musim ini, dengan menjaringkan 25 gol dan mencatatkan 27 assists.

Sepertinya saga perpindahan Kylian Mbappe dari PSG ke Madrid akan berakhir tidak lama lagi, selepas ia berlarutan selama hampir dua tahun.

Real Madrid sebelum ini pernah menawarkan €154 juta kepada Paris Saint Germain untuk mendapatkan Mbappe, namun tawaran mereka ditolak mentah-mentah oleh gergasi Ligue 1 pada tahun lalu.

Kini Los Blancos sepertinya akan berjaya membawa Kylian Mbappe ke Santiago Bernabeu pada musim panas ini tanpa perlu membayar apa-apa.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN