3 Pemain Utama Cedera, Liverpool Panggil Kembali Bekas Fisioterapi Demi Hidupkan Peluang ‘Quadruple’

Liverpool terus berharap mampu mencipta sejarah tersendiri untuk menjadi kelab Inggeris pertama meraih kejuaraan quadruple selepas menumpaskan Chelsea melalui penentuan sepakan penalti untuk muncul juara Piala FA pada Sabtu lalu.

Kelab Merseyside itu kini sudah memiliki dua piala setelah memenangi Piala Carabao pada Februari lalu, dan kini turut bersaing untuk muncul juara Liga Perdana Inggeris (EPL) dan UEFA Champions League (UCL).

Impian yang sukar

Pada masa ini impian meraih ‘quadruple’ dianggap sebagai usaha yang sukar dan kesannya sudah boleh dilihat di dalam pasukan – termasuk kecederaan beberapa pemain utama.

Fabinho dilihat terhincut-hincut ketika meninggalkan padang dalam perlawanan menentang Aston Villa, dan Mohamed Salah dan Virgil van Dijk turut mengalami kecederaan di Wembley.

Semua tiga pemain ini adalah pemain penting untuk Liverpool cuba mencipta sejarah dalam tempoh 2 minggu akan datang ini.

Kerana itu ia adalah perkara penting untuk Liverpool memastikan setiap pemain cergas sepenuhnya sehingga kempen pada musim ini berakhir pada 28 Mei nanti – di mana Liverpool akan berhadapan Real Madrid di perlawanan akhir Champions League.

Pengurus pasukan, Jurgen Klopp sudah lama tahu akan situasi sukar yang bakal dihadapi ini, dan pada Januari berjaya menguatkan pasukan dengan mendatangkan Luis Diaz.

Langkah membawa masuk Diaz amat jelas untuk memperkuatkan pasukan tatkala musim menjadi semakin sibuk – selain perancangan untuk masa depan.

Bekas fisioterapi dipanggil kembali

Laporan terbaru The Athletic turut mengesahkan Liverpool kini akan membawa kembali bekas fisioterapi, Christopher Rohrbeck ke Anfield dengan kadar segera.

Difahamkan kembalinya Rohrbeck ke Anfield adalah atas permintaan Klopp sendiri selepas fisioterapi berbangsa Jerman itu meninggalkan Liverpool dua tahun lepas.

https://twitter.com/Don_Shelby_/status/1526113231198031873

Rohrbeck menyertai Liverpool dari Mainz pada musim panas 2017, dan merupakan tunjang penting dari sebalik tabir membantu Liverpool melakukan dua penampilan di perlawanan akhir UCL.

Mereka tewas kepada Real Madrid pada perlawanan akhir pertama, sebelum menewaskan Tottenham Hotspur kemudiannya – selain menjuarai EPL buat kali pertama sejak 1990.

Watak popular bilik persalinan

Sebelum ini Rohrbeck adalah antara watak popular di kalangan pemain dan pernah bekerja rapat dengan pemain seperti Salah dan Van Dijk.

Pelantikan semula Rohrbeck disahkan selepas beberapa perbincangan dilakukan di antara kedua-dua pihak. Sumber The Athletic berkata usaha mendapatkan Rohrbeck disegerakan selepas kecederaan terbaru yang menimpa Fabinho di Villa Park pada Selasa lalu.

https://twitter.com/AnfieldWatch/status/1526095681156431872

Pemain tengah dari Brazil itu difahamkan mengalami kecederaan harmstring dalam perlawanan tersebut.

Langkah mendatangkan semula Rohrbeck dilihat bukan untuk memandang rendah pasukan perubatan sedia ada di Liverpool.

Sebaliknya ia adalah tindakan proaktif oleh kelab untuk mengelak kemungkinan yang tidak diinginkan – sekali gus membenarkan barisan pemain berjuang secara berhabis-habisan untuk memburu kejuaraan domestik dan eropah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN