Numancia Minta Maaf Isu ‘Tribute’ Dedah Kemaluan Iniesta

Pemain tengah Barcelona, Andres Iniesta telah mengumumkan dirinya akan meninggalkan Barcelona selepas tamat musim ini.

Keputusan tersebut dilakukan setelah Iniesta beraksi bersama gergasi Catalan itu setelah 22 tahun.

Susulan pengumuman tersebut, pemain tengah veteran ini turut dikaitkan dengan perpindahan ke China, dan terkini, turut dikaitkan dengan Manchester City untuk menyertai bekas pengurus, Pep Guardiola.

(Photo by David Ramos/Getty Images)

Apapun keputusan Iniesta selepas ini, ia pasti sesuatu yang penuh emosi buat Iniesta, dalam baki saingan mendatang sebelum secara rasminya meninggalkan Nou Camp.

Tetapi sebelum itu, Iniesta dijangka akan membarisi skuad Barcelona untuk perlawanan El Clasico terakhirnya pada Ahad hadapan, dan dua lagi perlawanan liga selepas itu, sebelum melangkah dengan status legenda yang sudah lama diperolehinya di kelab tersebut.

Dan untuk segala pencapaian yang dilakukan bersama Barcelona dan skuad Sepanyol, Iniesta menerima pelbagai ucapan penghargaan daripada kawan dan juga lawan; bekas pengurus; dan juga dari kelab bola sepak lain yang pernah menjadi saksi kehebatan Iniesta di aas padang.

Dan mungkin salah satu daripadanya secara tidak sengaja, tidak mengikut pelan seperti yang telah dirancang pada awalnya.

Pasukan divisyen kedua Sepanyol, Numancia terpaksa memohon maaf kepada Iniesta selepas muat naik di laman media sosial rasmi kelab berkenaan.

Ianya sedemikian setelah usaha Numancia untuk memberi penghargaan kepada Iniesta menggunakan gambar pemain itu, mendedahkan sebahagian daripada kemaluan pemain tersebut.

Perkara tersebut tidak disedari oleh pihak Numancia sehinggalah ia menjadi tular.

Numancia kemudiannya memohon maaf kepada Iniesta untuk insiden tersebut dalam satu kenyataan:

“Kami memohon maaf Andres Iniesta. Ia bukan niat kami untuk melakukan sedemikian. Dan sekarang kami menyedari bahawa anda yang lain juga begitu hebat untuk mencari benda tersembunyi. Kami turut mengkagumi keberanian anda. Tidak ramai orang yang sehebat anda. ”

(Photo by Quality Sport Images/Getty Images)

Numancia turut menukar gambar Iniesta untuk muat naik kedua di akaun Twitter rasmi milik kelab tersebut.

Sebenarnya gambar asal yang digunakan oleh Numancia tersebut memaparkan aksi Iniesta ketika Barcelona berhadapan dengan Numancia dipenampilan pertama Pep Guardiola di La Liga, sebagai pengurus kelab Catalan tersebut.

Gambar tersebut bukan satu-satunya yang mengejutkan Barcelona dan bola sepak Sepanyol pada ketika itu.

Selain daripada gambar tersebut, Barcelona turut tewas 1-0 kepada Numancia dalam perlawanan itu.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN