6 Fakta Menarik Dari Perlawanan Manchester United Dan Arsenal Di Old Trafford

Buat kali terakhir, Manchester United melayan kunjungan Arsene Wenger di Old Trafford sebagai pengurus Arsenal.

Arsenal gagal menghadiahkan kemenangan buat bekas pengurus mereka itu sebagai tanda perpisahan. Manchester United berjaya menewaskan Arsenal dengan meraih kemenangan tipis 2-1.

Walapun perlawanan tersebut sudah berakhir, namun tahukah anda, terdapat 6 fakta menarik yang berlaku dalam perlawanan dua pasukan seteru ini pada hujung minggu lalu.

1. Tiga lawan menjadi kawan

M(Photo by Clive Brunskill/Getty Images)

Satu penghormatan telah diberikan kepada Arsene Wenger sebaik beliau menjejakkan kaki di Old Trafford oleh penyokong Manchester United.

Sebelum sepak mula perlawanan, Wenger telah diberikan memento sebagai tanda menghargai jasa beliau yang telah mewarnai bola sepak Inggeris.

Apa yang menariknya, pemberian tersebut disampaikan oleh seteru utamanya suatu ketika, iaitu bekas pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson.

Ferguson bahkan turut menjemput Jose Mourinho untuk bersama-sama menyampaikan penghargaan tersebut.

Sebelum ini, hubungan Wenger dengan Jose Mourinho juga tidak pernah baik. Namun pada hari tersebut, kedua-duanya kelihatan berjabat tangan, saling berpelukan dan menghargai hasil kerja satu sama lain.

2. Perlawanan “Reunion” buat tiga pemain

(Photo by Shaun Botterill/Getty Images)

Dalam perlawanan tersebut, ada tiga pemain yang menjadi perhatian kedua-dua penyokong pasukan.

Mereka adalah, Henrikh Mkhitaryan, Alexis Sanchez dan Danny Welbeck.

Ketiga-tiga pemain ini kembali berhadapan dengan bekas pasukan lama mereka.

Daripada tiga pemain ini, Mkhitaryan tampil cemerlang dengan menghasilkan satu gol ke gawang Reds Devils.

3. Paul Pogba semakin mendapat keserasian taktikal 4-3-3

(Photo by Clive Brunskill/Getty Images)

Mourinho telah melakukan perubahan taktikal dengan menerapkan formasi 4-3-3 dalam pasukan. Perubahan taktikal itu sekaligus berjaya mengembalikan semula corak permaian Paul Pogba.

Dengan meletakkan Nemanja Matic sebagai pivot tunggal, dan Ander Herrera sebagai sokongan kepada Pogba di bahagian tengah serangan, ia jelas persembahan yang lebih baik daripada Pogba dan jentera tengah United.

Manchester United sepatutnya beraksi lebih baik menentang pasukan Arsenal yang tidak membarisi kesebelasan utama. Tetapi 4-3-3 adalah formasi terbaik untuk meletakkan Pogba di bahagian depan bahagian serangan.

Jika sebelum ini Pogba menjaringkan dua gol ketika berhadapan City, kali ini Pogba turut menjaringkan satu gol berhadapan Arsenal dengan formasi yang sama.

Info tambahan : Paul Pogba telah terlibat secara langsung dalam empat jaringan gol United dalam empat perlawanan terakhirnya di Premier League, yakni tiga jaringan gol dan satu hantaran gol.

4. Debut positif dari Mavropanos

(Photo by Clive Brunskill/Getty Images)

Perlawanan Manchester United menentang Arsenal ini merupakan aksi debut pertama bagi pemain muda dari Greece bersama Arsenal iaitu Konstantinos Mavropanos.

Mavropanos diberi kepercayaan oleh Wenger untuk membarisi benteng pertahanan pasukan dalam perlawanan menentang pasukan segah United.

Mavropanos didatangkan dari kelab PAS Giannina oleh Wenger pada Januari tahun ini.  Pemain berusia 21 tahun ini tampil cemerlang dalam perlawanan bertemu Manchester United.

Mavropanos tampil dengan penuh keyakinan dalam perlawanan apabila berjaya melakukan 49 kali sentuhan bola, 37 kali hantaran, 3 kali hantaran jauh tepat, dan 4 kali clearances.

Persembahan debut pertama yang menyakinkan dari Mavropanos, meletakkan Shkodran Mustafi dan Laurent Koscielny selepas ini perlu bersaing hebat untuk merebut posisi kesebelasan utama benteng pertahanan pasukan.

Info tambahan : Mavropanos merupakan pemain yang ke-222 tampil bersama Arsenal dibawah bimbingan Arsene Wenger.

5. Pergantian pemain membawa kemenangan

(Photo by Shaun Botterill/Getty Images)

Mourinho juga adalah pengendali yang hebat membaca kelemahan lawan untuk dieksplotasikan ketika perlawanan.

Ini jelas dapat diperhatikan, pertukaran pemain dan taktikal yang lebih direct menghasilkan keputusan positif.

Ketika perlawanan menentang Arsenal, Mourinho melakukan pergantian pemainnya pada minit ke-64 dengan mengeluarkan Andre Herrera dan mengantikan Marouane Fellani.

Kemasukan Fellani ternyata memberi impak dan tuah buat Reds Devils dimana beliau berjaya menghadiahkan jaringan kemenangan United diminit-minit akhir perlawanan.

Untuk rekod, gol dari Fellani tersebut merupakan gol ke-12 Manchester United yang berjaya dihasilkan oleh pemain gantian dibawah bimbingan Jose Mourinho.

Info tambahan : Gol-gol yang disumbangkan dari pemain gantian bagi musim ini; Anthony Martial (4 gol), Jesse Lingard (3 gol), Marcus Rashford (2 gol), Marouane Fellani (2 gol) dan Romelu Lukaku (1 gol).

6. Rekod terburuk Wenger di Old Trafford

Selama 22 tahun membimbing Arsenal, mungkin musim 2017/18 merupakan musim terburuk buat Arsene Wenger.

Kekalahan keatas Manchester United  di Old Trafford dalam perlawanan lepas merupakan kekalahan keenam berturut-turut mereka ditempat lawan dalam Premier League.

Arsenal mengalami kekalahan berturut-turut di tempat lawan dan ianya merupakan rekod terburuk pernah dicatatkan buat kali pertama sejak Januari 1966.

Keputusan pihak tertinggi Arsenal untuk melepaskan Wenger dan kembali memulakan era baru bersama pengurus baru adalah tindakan yang tepat.

Sehingga 35 perlawanan, Arsenal berada dikedudukan ke-6 carta Premier League, mengutip 57 mata keseluruhan dengan mencatatkan 17 kemenangan, 6 seri dan 12 kekalahan.

Info tambahan : Musim kutipan mata terendah Arsenal secara keseluruhan di bawah kendalian Arsene Wenger; Musim 2005/06 (67 mata), 1996/97 (68 mata), 2006/07 (68 mata) dan 20101/11 (68 mata)

Penutup

Apapun yang berlaku dalam perlawanan pada hujung minggu lalu, kita tidak boleh menafikan sumbangan Wenger sepanjang 22 tahun bersama Arsenal dan bola sepak Inggeris.

Merci, and au revoir Arsène!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN