Fellaini Tekad Mahu Bawa Manchester United Juara Premier League Musim Hadapan

Marouane Fellaini nyata menjadi kebanggaan penyokong Manchester United tempoh hari apabila gol minit akhir beliau memberikan 3 mata dalam perlawanan menentang Arsenal.

Beliau nyata membara untuk membawa lebih banyak kejayaan kepada pasukan tersebut selepas musim ini pasukannya hanya mempunyai 1 peluang sahaja untuk mendakap kejuaraan.

Peluang itu adalah menerusi FA Cup menentang Chelsea pada akhir musim nanti.

Walaupun musim ini belum lagi berakhir, namun Fellaini telah menetapkan sasaran bagi musim hadapan.

Sasarannya adalah untuk membawa Manchester United ke gelaran Premier League.

“Musim depan adalah musim yang cukup penting buat kami.”

“Musim hadapan juga merupakan musim ketiga pengurus (Jose Mourinho) berada di kelab, jadi kami mahu berusaha dapatkan gelaran Premier League.”

Kemenangan 2-1 Manchester United ke atas Arsenal tempoh hari telah mengesahkan tempat mereka di saingan UEFA Champions League (UCL) musim hadapan.

Menurut Fellaini lagi, kelab seperti Manchester United seharusnya layak ke saingan UCL secara konsisten.

“Semestinya, kelab seperti Manchester United mestilah layak ke saingan Eropah secara kerap. Akan tetapi, kami harus tingkatkan prestasi kami pada musim hadapan.”

Disebalik semangat membara Fellaini untuk membawa kejuaraan kepada Manchester United musim hadapan, terdapat satu ironi menyelubungi beliau.

Beliau masih belum menandatangani sebarang kontrak lanjutan dari Manchester United.

Untuk rekod, kontrak beliau bersama kelab akan tamat pada akhir musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN