Status selaku salah sebuah kelab gergasi di Eropah masih belum cukup buat Barcelona untuk mendapatkan khidmat bek kanan Norwich City, Max Aarons apabila dua tawaran mereka telah ditolak kelab EFL Championship itu.
Meskipun gagal membantu Norwich City untuk kekal dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) 2020/21, Aarons telah mempamerkan aksi bertenaga sehingga mendapat perhatian beberapa kelab ternama di Eropah.
Barcelona dilihat menjadi kelab pertama yang membuat bidaan rasmi bagi membawa masuk pemain berusia 20 tahun itu ke Nou Camp tetapi ia jelas tidak semudah yang disangka.
Menurut sumber wartawan The Athletic UK, David Ornstein, The Blaugrana cuba untuk mendapatkan Aarons secara pinjaman dengan pilihan perpindahan secara tetap tanpa klausa tambahan terhadap penampilannya tetapi cubaan pertama kali itu gagal.
Usaha kedua pula menyaksikan Barcelona masih mahu meminjam Aarons dengan klausa tambahan berserta pilihan pembelian.
Namun, Norwich City hanya akan mempertimbangkan tawaran tersebut sekiranya Barcelona meletakkan syarat ‘wajib beli’ selepas tamat tempoh pinjaman itu.
Max Aarons sebenarnya telah menyatakan persetujuan untuk menyertai kelab gergasi Sepanyol itu, bagaimanapun keengganan Norwich City untuk menerima tawaran tersebut.
Keadaan tersebut membuatkan Barcelona kini sudah berputus asa dan telah mengalihkan perhatian kepada pemain skuad kebangsaan Amerika Syarikat, Sergino Dest.
Kredit featured image: Ian Walton/Pool via Getty Images
Baca artikel lain dari kami mengenai Norwich City: