Daniel Farke: Kami Hanya Akan Lepaskan Pemain Dengan Harga ‘Gila’

Daniel Farke

Pengurus Norwich City, Daniel Farke memberikan amaran bahawa kelab tersebut hanya akan melepaskan pemain-pemain berbakatnya kepada pasukan lain dengan harga yang ‘gila’.

Para pemain skuad yang turut dikenali sebagai The Canaries itu bakal menjadi rebutan kelab-kelab besar susulan tersingkirnya mereka kembali ke saingan EFL Championship pada musim hadapan.

Meskipun sekadar menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris musim ini di tangga terakhir, beberapa pemain Norwich City telah mempamerkan corak permainan meyakinkan sepanjang musim ini.

Antara pemain yang menunjukkan prestasi cemerlang ialah Todd Cantwell, Jamal Lewis, Max Aarons, Ben Godfrey, Emiliano Buendia dan Teemu Pukki.

Sehubungan dengan itu, Farke mahu pemain-pemain itu terus menjadi tunjang kepada kekuatan Norwich City pada musim hadapan dan hanya akan berhajat untuk melepaskan tonggak tersebut dengan harga yang tinggi.

”Prinsip kami adalah untuk mengekalkan barisan pemain utama skuad ini, termasuklah pemain terbaik kami,” ujar Farke menurut laporan Sky Sports.

”Pemain muda berbakat yang kami miliki sangat penting, kami perlu memastikan mereka akan kembali beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris.”

”Apabila saya memikirkan tentang pemain muda saya, Max Aaroons adalah pemain pertahanan kanan terbaik apabila kami dinaikkan pangkat dari Championship. Jamal Lewis pula pemain pertahanan kiri terbaik, Emi Buendia pemain sayap terbaik dan Teemu Pukki merupakan penyerang terbaik.”

”Ben Godfrey pula mempunyai potensi tertinggi dalam kalangan pertahanan tengah di saingan Championship.”

”Jika kami mahu untuk kembali ke saingan EPL, kami perlu pemain-pemain seperti mereka, kami tidak boleh menggantikan pemain bek sisi dalam liga dengan seorang pemain yang tidak dapat dipastikan peranannya. Kami memerlukan pemain yang sama seperti Jamal Lewis atau Ben Godfrey atau pemain lain.”

”Kami perlu mengekalkan mereka melainkan terdapat tawaran yang ‘gila’ di mana anda boleh meningkatkan pasukan dengan wang tersebut.”

”Saya sangat yakin kami dapat mengekalkan pemain terbaik kami dan juga sekiranya kami mampu melakukannya, kami akan mempunyai peluang hebat untuk menjadi sangat kompetitif pada musim hadapan,” tambah Daniel Farke lagi.

Kredit featured image: Julian Finney/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Norwich City:

Leave a Reply