Nooa Laine yang menjadi pemain warisan terbaharu bagi skuad Harimau Malaya menjadi antara tarikan utama kali ini dalam kalangan para penyokong untuk melihat aksi sulungnya bersama Malaysia.
Berbekalkan pengalaman beliau beraksi dalam saingan utama di Finland, pastinya kualiti yang ada pada Nooa ditagih ketika ini buat skuad kebangsaan untuk menghadapi dua aksi persahabatan tidak lama lagi.
Nooa Lain Atau Endrick: Nafas Baharu Harimau Malaya?https://t.co/cJpDcrAbi3
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) March 15, 2023
Tambahan pula pemain ini sendiri memiliki pengalaman berguna ketika beliau beraksi bersama skuad kebangsaan Finland bawah 17 (B-17) beberapa tahun dahulu sebelum kini mengesahkan kerakyatan buat Malaysia.
Menerusi jurang perbezaan ranking yang agak jauh membabitkan Malaysia dan Finland, pastinya aksi lebih baik ditagih untuk Nooa membuktikan sesuatu dalam dua aksi persahabatan akan datang.
Menurut Nooa, beliau akui ada jurang perbezaan untuk beraksi bersama kelab serta skuad kebangsaan kerana dikelilingi oleh para pemain lebih berkualiti.
Pada pandangan pemain muda berbakat besar itu, di Finland corak permainan bola sepak sedikit berbeza kerana mereka lebih bertaktikal untuk dibandingkan bersama Malaysia.
“Bola sepak di sini juga mungkin berbeza berbanding Finland kerana di sana lebih baik daripada segi taktikal dan para pemain di sana juga lebih ‘straight forward’.
“Setakat ini semuanya berjalan dengan sangat lancar dengan semua orang sangat ramah dan mereka mengambil berat tentang saya,” jelas Nooa menerusi petikan video daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
📽 Dengarkan komen daripada pemain Harimau Malaya, Nooa Laine pada hari ke-2 kem latihan pusat Harimau Malaya di Pusat Latihan JDT, Padang Seri Gelam, Johor Bahru, semalam.
Video ini boleh ditonton di https://t.co/T8dLFE65Uj#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/j7lsV7YlL8
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) March 20, 2023
Beraksi di posisi pemain tengah menyerang, kehadiran Nooa pastinya memberi nafas baharu untuk pengendali Harimau Malaya iaitu Kim Pan-gon menyusun lebih banyak taktikal untuk diterapkan buat skuad kebangsaan.
Untuk rekod, Noaa sebenarnya memiliki pertalian darah yang rapat dengan Malaysia. Ayahnya, Faried Baharin merupakan penduduk asal Kampung Batu Laut, Tanjung Sepat, Selangor.
Sehingga kini, Malaysia sebenarnya sudah pun mempunyai ramai pemain warisan dan masing-masing membawa impak tersendiri untuk bola sepak negara di pentas antarabangsa.
Matthew Davies, Corbin-Ong, David Rowley, dan Brendan Gan antara yang sudah pun memberi sumbangan buat Harimau Malaya menerusi status mereka sebagai pemain warisan.
3 Pemain Baharu Sertai Hari Kelapan Latihan Pusat Harimau Malaya B-23 Menjelang Sukan SEA 2021
Tiga pemain tersebut ialah Nooa Laine, Hadi Fayyadh Abdul Razak dan Zainal Abidin Jamil.
▶️ Baca penuh & lagi gambar di https://t.co/6i5RS8SNTs#FAM #HarimauMalaya #Vietnam2021 pic.twitter.com/yLQ5JIBBiA
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) April 26, 2022
Selain Nooa, Kim turut menyenaraikan beberapa nama baharu untuk aksi persahabatan bulan ini seperti Feroz Baharudin, Fayadh Zulkifli, Damien Lim, serta lain-lain lagi.