Nilai Pemain Barcelona Mengikut Pasaran Semasa

Nilai pemain skuad utama Barcelona telah didedahkan dan jelas sekali gergasi Catalan itu pada ketika ini merupakan antara skuad termahal dalam dunia bola sepak.

Walau sedang dibelenggu masalah kewangan, Barcelona tetap berjaya mendapatkan beberapa pemain baru pada musim panas ini, dalam usaha mereka untuk memperkuatkan skuad sedia ada mereka.

Andreas Christensen, Franck Kessie, Robert Lewandowski, Raphinha dan terbaru Jules Kounde telah ditandatangani oleh Barca pada jendela perpindahan musim panas ini.

Walau mereka dianggap sebagai kelab paling miskin dalam dunia bola sepak hari ini, namun ia bukan alasan untuk Barca terus memburu pemain berprofil tinggi untuk didaftarkan sebagai pemain mereka.

Nilai pasaran pemain dari skuad Barcelona juga sebenarnya sangat mahal dan ia mencecah sehingga €835 juta secara keseluruhannya.

Berikut merupakan senarai harga semasa para pemain Barcelona menurut data yang dikutip dari Transfermarkt.

Penjaga gol:

Marc Andre Ter Stegen: €30 juta
Inaki Pena: €4.2 juta
Neto: €3 juta
Arnau Tenas: €1.5 juta

Pertahanan:

Jules Kounde: €60 juta
Ronald Araujo: €50 juta
Andreas Christensen: €35 juta
Eric Garcia: €18 juta
Sergino Dest: €18 juta
Jordi Alba: €9 juta
Oscar Mingueza: €6 juta
Gerard Pique: €5 juta
Alejandro Balde: €4 juta
Samuel Umtiti: €2 juta

Midfield:

Pedri: €80 juta
Pablo Paez Gavi: €60 juta
Frenkie de Jong: €60 juta
Franck Kessie: €45 juta
Nico Gonzalez: €20 juta
Miralem Pjanic: €9.5 juta
Sergio Busquets: €9 juta
Riqui Puig: €7 juta
Sergi Roberto: €6 juta

Penyerang:

Ansu Fati: €60 juta
Robert Lewandowski: €45 juta
Raphinha: €45 juta
Ferran Torres: €45 juta
Memphis Depay: €35 juta
Ousmane Dembele: €30 juta
Pierre Emerick Aubameyang: €15 juta
Abde Ezzalzouli: €8 juta
Martin Braithwaite: €6 juta
Alex Collado: €4 juta

Walau mempunyai barisan pemain berprofil tinggi dalam skuad mereka pada ketika ini, namun Barca sebenarnya tidak menanggung kos yang tinggi untuk pembayaran gaji.

Mereka kini sudah lebih bijak menguruskan hal tersebut dan ramai pemain dari skuad utama yang turut bersetuju untuk menerima cadangan pemotongan gaji.

Sepertinya Joan Laporta lebih bijak menguruskan kelab dan Barca mungkin akan mampu menyelesaikan masalah kewangan mereka selepas melihat kebijaksaan pengurusan kelab.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN