Penyokong Man United Teruja Melihat Persembahan Eriksen Ketika Bertemu Atletico Madrid

Penandatanganan musim panas Man United, Christian Eriksen berjaya memukau peminat selepas mempamerkan aksi persembahan yang sangat meyakinkan bertemu Atletico Madrid.

Manchester United mencatatkan kekalahan pertama mereka di bawah kendalian Erik ten Hag ketika bertemu Atletico Madrid sebentar tadi.

Walaupun skuad The Red Devils itu mencatat kekalahan bertemu gergasi La Liga itu, namun ia tak menghalang para peminat untuk mengagumi persembahan Christian Eriksen.

Ia merupakan 12 bulan yang sangat mencabar untuk pemain kebangsaan Denmark itu selepas nyawanya turut hampir terancam ketika diserang cardiac arrest pada musim panas tahun lalu.

Selepas dari insiden tersebut, Eriksen turut dilepaskan oleh Inter Milan kerana terpaksa mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Serie A.

Pada Januari lalu, pemain midfield itu akhirnya kembali ke dunia bola sepak selepas menyertai Brentford dalam saingan Premier League.

Selepas melihat kecemerlangan beliau bersama Brentford, terdapat banyak kelab gergasi Eropah yang menyatakan minat mereka untuk mendapatkan khidmat pemain kebangsaan Denmark itu.

Eriksen memilih untuk menyertai Manchester United dan bekerjasama dengan pengurus baru kelab, Erik ten Hag.

Christian Eriksen merupakan antara tiga pemain yang sudah berjaya Manchester United dapatkan pada jendela perpindahan musim panas ini bersama Tyrell Malacia dan Lisandro Martinez.

Beliau telah dimasukkan pada aksi babak kedua dalam perlawanan bertemu Atletico Madrid sebentar tadi dan para peminat jelas sekali sangat teruja dengan persembahan mantap bintang Denmark itu.

Lima minit sahaja selepas beliau dimasukkan, Eriksen hampir sahaja mencatatkan assists untuk Harry Maguire namun malangnya tiada gol yang berjaya dihasilkan.

Persembahan mantap yang Eriksen persembahkan dalam perlawanan tersebut menyebabkan ramai peminat yang percaya beliau selayaknya bermain dalam kesebelasan utama skuad menggantikan Bruno Fernandes.

Ketenangan dan kualiti hantaran yang ditunjukkan oleh Christian Eriksen sememangnya sangat mengagumkan dan kerana itu para peminat tak henti-henti menghamburkan pujian menggunung kepada bekas bintang Tottenham Hotspur itu.

Memandangkan Bruno Fernandes sendiri sedang tidak berada di tahap persembahan terbaiknya pada ketika ini, maka tidak hairanlah andai tempat beliau akan dirampas oleh Christian Eriksen dalam kesebelasan utama skuad Red Devils nanti.

Joao Felix berjaya menjaringkan gol kemenangan untuk Atletico Madrid ketika bertemu Manchester United sebentar tadi, seterusnya mencalarkan rekod tanpa kalah skuad Red Devils di bawah kendalian Erik ten Hag.

Adakah Eriksen akan mampu mendapat tempat dalam kesebelasan utama Man United pada musim baharu nanti? Bincangkan diruangan komen.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN