AS Roma Kini Memiliki Kesebelasan Utama Yang Sungguh Menggerunkan

Para penyokong AS Roma sangat teruja untuk menanti musim baru ini selepas mereka melihat bayangan kesebelasan utama skuad yang sungguh luar biasa dasyat.

Jose Mourinho sepertinya akan melalui musim yang sangat menakjubkan pada musim baru nanti, apa lagi selepas melihat barisan pemain yang ada dalam skuadnya pada ketika ini.

Bekas pengurus Tottenham Hotspur itu berjaya memimpin Roma untuk menjuarai saingan Europa Conference League pada musim lalu.

Ia merupakan kejuaraan Eropah pertama AS Roma dalam sejarah kelab mereka.

Mereka mengakhiri saingan Serie A di kedudukan keenam dengan Roma berada tujuh mata di belakang Juventus yang sedang berada di kedudukan keempat.

Jose Mourinho jelas sekali sangat berharap agar skuadnya akan mengakhiri saingan musim ini di kedudukan yang lebih baik berbanding musim lalu.

Beliau pada musim panas ini berjaya menambah baik pada kualiti skuadnya dan beberapa lagi pemain berpotensi untuk menyertai skuadnya.

Penjaga gol veteran, Rui Patricio sepertinya akan terus diberi kepercayaan untuk menjadi tembok terakhir Roma pada musim baharu nanti.

Walau bagaimanapun, kehadiran Mile Svilar’s sedikit sebanyak sepertinya akan memberi saingan kepadanya.

Ramai yang menjangkakan Roma akan turun bermain dengan menggunakan tiga pertahanan dan ia bermaksud Gianluca Mancini, Chris Smalling dan Roger Ibanez akan diberi kepercayaan untuk membarisi pertahanan utama skuad.

Mourinho dikatakan sedang mencari pemain baru untuk skuad depth beliau dengan beliau dilaporkan sedang berusaha untuk mendapatkan khidmat bekas anak buahnya, Eric Bailly.

Sememangnya tidak mengejutkan untuk melihat Mourinho memburu bekas anak buahnya dengan beliau kini turut sudah melengkapkan pendaftaran bekas pemainnya, Nemanja Matic selepas kontraknya bersama Man United tamat pada penghujung musim lalu.

Matic dikatakan bakal bergandingan dengan Georginio Wijnaldum dengan pemain kebangsaan Belanda itu pada ketika ini sudah semakin hampir pasti meninggalkan PSG sebagai pemain pinjaman.

Wijnaldum turut dinamakan sebagai penandatanganan terburuk saingan Ligue 1 pada musim lalu dan hal itu menyebabkan beliau bergelut untuk mendapatkan minit permainan.

Dek kerana itulah beliau terdesak mahu meninggalkan kelab kerana beliau mahu memastikan dirinya mendapatkan minit permainan mencukupi untuk beraksi di pentas Piala Dunia.

Di posisi wingbacks, Roma dijangka akan menggunakan khidmat Rick Karsdorp dan Leonardo Spinazzola sebagai pemain utama, namun Zeki Celik mungkin akan beri saingan di bahagian kanan.

Di posisi serangan, sepertinya Roma bakal mempunyai jentera serangan yang sungguh luar biasa menakjubkan dan bakal memberi mimpi ngeri kepada pemain pertahanan lawan.

Ketua pasukan, Lorenzo Pellegrini dan Paulo Dybala dijangka bakal memberi sokongan kepada penyerang utama, Tammy Abraham yang berjaya menjaringkan 27 gol dari semua pertandingan sejak ditandatangani dari Chelsea.

Dybala merupakan pemenang lima kali gelaran Serie A bersama Juventus dan beliau sangat diharapkan akan mampu membantu Roma untuk memenangi piala pada musim baharu nanti.

Penjualan jersi beliau laris seperti pisang goreng panas dan itu membuktikan beliau bakal menjadi pemain yang paling disayangi oleh peminat.

AS Roma akan memulakan kempen baru mereka dengan beraksi bertemu Salernitana pada 14 Ogos nanti dan para peminat sudah sangat teruja untuk menyaksikan persembahan skuad kesayangan mereka itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN