Nik Shahrul Azim Tidak Jadi Sertai Melaka United, Kekal Bersama Kelantan

Sebelum ini kencang khabar angin menyatakan Nik Shahrul Azim atau lebih dikenali dengan nama panggilan “Pok Nik” akan meninggalkan pasukan Kelantan untuk menyertai Melaka United (MU).

Khabar angin itu semakin kencang apabila kelibat Pok Nik (gambar bawah, tengah) turut dilaporkan kelihatan bersama-sama anak buah Eric Williams di Melaka dan menjadi tular di media sosial.

Akhbar Berita Harian turut menyiarkan minat skuad negeri Hang Tuah untuk memancing pemain tersebut pada jendela perpindahan pemain yang dibuka minggu ini.

Photo by Kamarul Akhir / www.asiana.my

Bagaimanapun, akhbar yang sama melaporkan perkara sebaliknya lewat petang semalam. Pengurus pasukan, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi mengesahkan MU mereka terpaksa melupakan niat untuk membawa Nik Shahrul Azim ke Melaka.

Ini adalah kerana pemain berkenaan masih mempunyai baki kontrak bersama Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi menjelaskan pihaknya ada menulis surat kepada KAFA untuk menyatakan minat membawa pemain berkenaan ke Melaka pada Mei ini.

Bagaimanapun, dalam surat balasan oleh KAFA, menjelaskan bahawa pemain berkenaan masih punyai baki kontrak sehingga musim 2018.

“Berlandaskan kontraknya yang masih panjang, kami tidak mahu mengganggu pemain terbabit, selain boleh menjejaskan kekuatan pasukan berkenaan.”

“Mungkin jodoh Nik Shahrul bersama MU belum ada, namun tidak menolak kemungkinan dia akan bersama pasukan Sang Kancil pada masa depan,” kata beliau di dalam laporan itu.

MOHD YUSOFF MAHADI

Pihak pengurusan KAFA turut menyuarakan supaya pampasan untuk tujuan penebusan kontrak perlu dilakukan andai MUSA ingin meneruskan niat membawa Nik Shahrul Azim beraksi untuk pasukan MU.

Bagaimanapun, tiada jumlah pampasan dinyatakan setelah kedua-dua buah persatuan mengambil keputusan untuk tidak meneruskan perbincangan membabitkan sebarang perpindahan pemain berkenaan.

Oleh itu, untuk menghormati kontrak Nik Shahrul Azim dengan KAFA, pihak pengurusan MUSA membatalkan niat untuk mengikat pemain tersebut untuk menyertai skuad di bawah bimbingan Eric Williams.

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN