Martin Demichelis Umum Persaraan, 3 Tahun Setelah Tinggalkan Man City

Bekas pemain pertahanan Manchester City, Martin Demichelis mengumumkan persaraannya daripada bola sepak pada umur 36 tahun. Demichelis menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama City pada musim 2013-2014.

Pemain antarabansa Argentina ini tampil lebih daripada 100 kali untuk skuad dari Manchester itu sebelum dilepaskan pada musim panas tahun lalu.

(Photo by Simon Stacpoole/Mark Leech Sports Photography/Getty Images)

Pemain tengah pertahanan berpengalaman ini gagal untuk menghidupkan kembali kariernya sejak meninggalkan England tahun lalu. Demichelis dilepaskan oleh Espanyol selepas 6 bulan dan membuat penampilan hanya dalam 2 perlawanan.

Pada jendela perpindahan Januari lalu, Demichelis mengambil keputusan untuk menyertai Malaga. Bagaimanapun, Demichelis mengumumkan persaraannya semalam.

Demichilis berkata: “Saya cuma mahu jujur. Saya hilang kekuatan pada kedua belah kaki dan konsentrasi diri. Bagaimanapun, saya mahu mengucapkan terima kasih kepada bola sepak.”

Karier Martin Demichelis bermula di Argentina bersama kelab River Plate. Beliau kemudiannya menyertai Bayern Munich untuk beraksi dalam kancah Bundesliga pada tahun 2003.

(Photo credit should read OLI SCARFF,OLI SCARFF/AFP/Getty Images)

Bersama kelan Bavarian itu, Martin Demichelis muncul sebagai juara Bundesliga sebanyak 4 kali.

Martin Demichelis kemudiannya ke Malaga buat kali pertama pada musim 2011 dan beraksi di Liga BBVA selama 2 musim di sana.

Manuel Pellegrini adalah pengurus yang bertanggungjawab membawa Demichelis ke Manchester City. Di England, Martin Demichelis membantu Manchester City merangkul kejuaraan berganda pada musim 2013-2014, merangkul kejuaraan EPL dan juga Piala Liga (Kini Piala EFL).

(Photo credit should read PEDRO UGARTE/AFP/Getty Images)

Di peringkat antarabangsa, Martin Demichelis membuat penampilan sebanyak 51 kali bersama Argentina. Demichelis turut menjaringkan dua gol di peringkat antarabangsa.

Bersama-sama Argentina, Demichelis muncul naib juara dalam 3 kejohanan antarabangsa.

Pada final Piala Konfederasi 2005, Argentina ditewaskan Brazil 4-1 untuk sekadar berpuas hati muncul sebagai naib juara.

Badi final turut berulang pada final Piala Dunia 2014 di Brazil. Demichelis dan Argentina ditewaskan oleh German dengan jaringan 1-0 dalam aksi yang berlanjutan ke masa tambahan.

Setahun kemudian, Argentina ditewaskan oleh Chile dalam final Copa America melalui penentuan sepakan penalti setelah keputusan terikat 0-0 melewati masa tambahan.

Terima kasih untuk memori dan aksi bola sepak. Selamat bersara Martin Demichelis.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN